Menurut satu portal ( freemalaysiatoday ) bahawa Ketua Ulamak PAS, Datuk Harun Taib menganggap Nurul Izzah merupakan pemimpin muda yang tidak mempunyai pendidikan tinggi dalam agama di dalam memberi kenyataan tentang Kebebasan Beragama untuk kalangan orang Melayu .
“Saya mengingatkan orang poltik yang tidak tahu agama Islam supaya tidak bercakap mengenai agama Islam.
“Kalau orang yang tahu agama boleh lah mereka bercakap hal agama,” kata Harun.
Harun menegaskan beliau tidak mengambil serius bimbang dengan kenyataan Nurul, sebaliknya lebih risau orang yang pandai agama tetapi banyak membuat salah dalam agama.
Dan tokoh PAS itu meminta orang ramai memaafkan Naib Presiden PKR dan ahli Parlimen Lembah Pantai itu.
“Nurul masih budak-budak lagi, dan dia juga tidak ada pendidikan tinggi dalam agama,” katanya.
Sekiranya kita perhatikan kenyataan Harun Taib yang meminta orang ramai memaafkan Nurul Izzah, ternyata apa yang di nyatakan Nurul Izzah dalam forum di gereja adalah salah mengikut Islam.
Malahan apa yang di nyatakan Harun Taib selaku Ketua Ulama PAS seolah merelakan tindakan Nurul Izzah mahukan kebebasan beragama di kalangan orang melayu.
Harun Taib harus sedar bahawa kenyataan yang telah di lakukannya boleh memperburukkan lagi keadaan permutadan dari kalangan orang Melayu.
No comments:
Post a Comment
Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!