Kerajaan Negeri Kedah pentadbiran PAS yang mengaku memperjuangkan Islam buat hal lagi apabila membiarkan satu pusat hiburan terkenal ( House Bar ) yang berhampiran dengan pejabat salah seorang exco kerajaan negeri di Kedah di berikan lesen operasinya oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengadakan pertunjukan fesyen separuh bogel di ketika Umat Islam di seluruh Kedah menyambut Maal Hijrah.
Apa yang dapat di lihat permis hiburan terbabit bagaikan memiliki kekebalan tersendiri dalam pentadbiran Kerajaan Negeri apabila langsung tidak di pantau oleh PBT di sebalik aktiviti yang boleh mengakibat permasalahan sosial terhadap golongan umat Islam yang suka berkunjung di tempat berkenaan.
Untuk makluman semua, sebelum ini pihak Team Media Kedah ada membuat pemantauan di tempat berkenaan, ternyata tempat berkenaan juga di kunjung remaja-remaja Melayu beragama Islam yang suka bersosial.
Inikah yang di katakan pentadbiran secara Islamik yang di bangga-banggakan PAS Kedah apabila membiarkan tempat-tempat maksiat di Kedah di kunjungi orang Islam tanpa ada pemantauan dari Exco-Exco bertanggungjawap, PBT ataupun Majlis Agama Islam ?
No comments:
Post a Comment
Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!