Thursday, November 8, 2012

Terkini !!! Isu Lynas, Pakatan Republik Kecundang Di Mahkamah.

KUANTAN, 8 Nov (Bernama) -- Kilang Lynas Advanced Material Plant (LAMP) Khamis dibenarkan beroperasi selepas Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan injunksi interim ke atas Lesen Operasi Sementara TOL) oleh tiga penduduk Kuantan.

Hakim Datuk Mariana Yahya dalam penghakimannya berkata injunksi itu ditolak kerana ia bukan sahaja melibatkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB),tetapi juga Lynas sebagai responden ketiga.


"Keseimbangan ekuiti perlu diputuskan bukan sahaja antara pemohon penduduk Gebeng) dan MOSTI serta AELB, tetapi juga Lynas sebagai pihak ketiga yang mempunyai kepentingan dalam keputusan kes ini,"katanya.


Sebelum ini penduduk Kuantan yang diwakili peguam Datuk Bastian Pius Vendargon, memohon supaya mahkamah membekukan TOL bagi menghentikan operasi LAMP.Pihak Lynas membuat permohonan untuk menjadi responden ketiga dalam semakan kehakiman terhadap permohonan penduduk Kuantan yang mencabar keputusan dua responden (MOSTI dan AELB) dalam

pemberian TOL kepada Lynas sebelum ini.

Hakim juga dalam penghakimannya turut membenarkan Lynas menjadi responden ketiga dalam semakan kehakiman itu di mana tarikh semakannya belum diputuskan lagi.Dalam pada itu, Vendargon ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata pihaknya akan merayu terhadap keputusan itu dalam masa dua hari.


Selain Vendargon, pemohon diwakili oleh Hon Kai Ping, R Sarengapani,Anne Marie dan Gene Anand Vendargon manakala kedua-dua responden diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan,Datin Noor Azzah Abdul Aziz dan Laila Muhamad Bostaman.Lynas pula diwakili oleh Sunil Abraham, Wong Kah Hui and Emily Chin.-- BERNAMA



Pisau Kedah :-

Kenapa dan mengapa Pakatan Republik kalah dalam isu LYNAS ini anda boleh menilai dari video di bawah ini ..



No comments:

Post a Comment

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!