Apalah nasib yang bakal menimpa Kolej Universiti Insaniah (KUIN), di mana Rektor KUIN kesayangan Azizan Razak telah berjaya merosakan nama baik sebuah pusat pengajian milik kerajaan Negeri yang di bangga-banggakan rakyat Kedah dan kini hanya gah pada nama saja setelah Kerajaan Negeri di tadbir oleh Azizan Razak dan KUIN di Pengerusikannya.
Tindakan yang di ambil Azizan Razak yang memegang jawatan pengerusi KUIN menyambung perkhidmatan Rektor kesayangannya Jamil Osman lagi empat tahun telah mengundang kecelakaan yang terpaksa di tanggung staf KUIN dan para pelajar di KUIN.
Selain mengundang kecelakaan kepada staf KUIN dan para pelajar di KUIN, tindakan yang di ambil Azizan Razak juga telah membuat nama baik Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah tercalar kerana Baginda merupakan Censelor di Kolej Universiti Insaniah (KUIN).
Untuk pengetahuan semua, dahulu ketika KUIN di bawah pentadbiran Kerajaan BN tiada masalah kewangan yang di alami pusat pengajian tinggi milik kerajaan Negeri terbabit, namun semenjak PAS mengambil alih tampok pentadbiran kerajaan Negeri bermacam masalah pentadbiran kewangan dan masalah pentadbiran pelajar-pelajar telah di alami KUIN.
Sebagai salah satu contoh kegagalan pihak KUIN yang terbaru sehingga membuat imej KUIN yang menjadi kebangga rakyat Kedah tercalar adalah kegagalan pihak KUIN melunaskan hutang kepada seorang kontraktor yang telah menyediakan perkhidmatan kepada para pelajar sehinggakan Mahkamah mengarahkan pihak KUIN membayar RM 1.599 Juta kepada syarikat kontraktor yang bernama Shake Cuisine SDN BHD di sebalik saman RM 3 Juta yang di tuntut pihak syarikat terbabit setelah mengalami kerugi RM 3 Juta yang terpaksa di tanggung akibat kegagalan KUIN melunaskan hutang di atas perkhidmatan yang di sediakan.
Rektor Kesayangan Azizan Razak yang bakal memusnahkan Universiti milik Kerajaan Negeri |
Pada mula KES saman terbabit, Rektor kesayangan Azizan Razak telah melakukan satu jenayah yang boleh di anggap menghina Mahkamah apabila Rektor kesayangan Azizan Razak mengarahkan pihak KUIN membuat Minit Mensyuarat Palsu bagi mengelak pihak KUIN membayar saman yang di kenakan pihak syarikat Shake Cuisine Sdn Bhd .
Di bawah ini adalah bukti di mana Minit Mensyuarat Palsu yang di arahkan dan di tandatangani oleh Rektor Kesayangan Azizan Razak kepada pihak KUIN ketika cuba menyelamatkan diri dalam Mahkamah dari di kenakan saman.
Walaupun sudah terbukti di Mahkmah bahawa Rektor kesayangan Azizan Razak melakukan satu jenayah setelah memalsukan bahan bukti ( Minit Mensyuarat Palsu ), Azizan Razak selaku Pengerusi KUIN tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Jamil Osman, Rektor KUIN dan pengerusi Insaniah Holding SDN BHD ( Syarikat yang menjadi duri dalam daging dalam mengurus tadbir KUIN ).
Nantikan pembongkaran selebihnya dari pihak Team Media Kedah berkenaan permasalahan di alami KUIN yang telah di lakukan Rektor kesayangan Azizan Razak.
Pak Lebai Pas ceramah dok lambung LG Eng.Suruh LG Eng lah tolong bagi nasihat.
ReplyDeleteIni lah harapan Pak Lebai Pas.Ostat Azizan tak reti jaga Kedah.
Pak lebai Pas banyak cakap mohong tipu rakyat.