Sunday, November 25, 2012

Panas !!! Ucapan DS Najib Razak Yang Membuatkan Pakatan Haram Menangis Tak Berlagu Untuk Berhadapan Dengan BN



KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kejayaan yang dikecapi oleh negara hari ini boleh ditingkatkan lagi dengan penuh cemerlang kerana kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) mempunyai hala tuju yang jelas.

Menurut beliau 'road map' berkenaan boleh menjadikan negara ke arah yang lebih baik dengan tumpuan terhadap rakyat secara adil dan saksama demi kepentingan bersama khususnya untuk kepentingan negara.

"Kita boleh jadikan Malaysia ini lebih baik lagi sebab sudah ada 'road map'. 'Road map' kita dah jelas, terang..... jangan macam buku jingga. Janji macam-macam, kita tidak main janji, kita tunaikan dan kita laksanakan.

Lagi [DI SINI]


Deklarasi Barisan 1Malaysia :

Bahawasanya kami Barisan Rakyat 1Malaysia yang berhimpun pada hari ini dengan tulus dan ikhlas, merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri di atas kebijaksanaan menerajui negara Malaysia yang tercinta.

Atas kesedaran dan keinsafan yang mendalam, kami berjanji dan berikrar bahawa sesungguhnya kami;

Berazam untuk mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara Malaysia, menjunjung tinggi perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara bagi menjamin kestabilan politik dan keutuhan perpaduan rakyat berbilang kaum agar terus hidup dalam suasana rukun, damai, aman dan sejahtera.

Berazam untuk terus membangunkan negara dengan membantu kerajaan melaksanakan dasar-dasar yang boleh meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat di semua peringkat, sesuai dengan matlamat Wawasan 2020.

Berazam untuk terus memerangi segala bentuk penyelewengan, rasuah, salahguna kuasa, fahaman sempit perakauman, sikap chauvinisme dan melampau demi kesejahteraan agama, bangsa dan tanah air.

Berazam untuk meningkatkan kualiti hidup dan jati diri, keluarga dan masyarakat, agar sentiasa dihormati dan dicontohi di peringkat lokal dan global menerusi rasa kasih sayang dan cinta terhadap negara, semangat kesukarelaan dengan bekerja bersungguh-sungguh untuk memaju dan memakmurkan negara.

Demi keazaman dan iltizam ini sesungguhnya kami Himpunan Barisan Rakyat 1Malaysia yang berhimpun pada hari ini akan bekerja bersungguh-sungguh merealisasikan kemenangan Untuk Masa Depan Rakyat pada PRU-13 akan datang. [SUMBER]

No comments:

Post a Comment

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!