Thursday, November 15, 2012

Panas !!! Portal Pro Pakatan Haram Hina Peneroka Felda Seperti Lembu


Rupanya kejayaan Himpunan Generasi Baharu Felda yang selesai dilangsungkan di UiTM Shah Alam akhir minggu lalu, tidak hanya mengundang perasaan megah generasi kedua Felda tapi ia juga menyebabkan ada pihak yang tidak senang duduk kehadiran besar di acara tersebut.

Dianggarkan kira-kira 12,000 orang generasi muda dan anak peneroka Felda dari seluruh negara termasuk Sabah hadir ke majlis tersebut yang turut melibatkan pengumuman rasmi pembahagian durian runtuh fasa ketiga oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak.

Durian runtuh bernilai RM563 juta bagi fasa ketiga itu adalah imbuhan dari hasil kejayaan penyenaraian FGVH di Bursa Saham yang mana setiap keluarga peneroka bakal mendapat RM5000.00 untuk dibahagi samarata antara anak-anak peneroka.

Mungkin menyedari kejayaan acara itu bakal memberi impak besar kepada peningkatan ketara sokongan rakyat khususnya warga Felda kepada Barisan Nasional (BN), maka portal suarapakatanrakyat.com telah mmenghina peneroka Felda sebagai bodoh seperti lembu.

Penulis portal itu yang cenderung mendewakan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin paling suci berkata demikian setelah menerima bulat-bulat dakwaan AJK PAS Pusat yang menuduh pemberian wang durian runtuh RM5,000.00 telah menyebabkan ramai anak peneroka bergaduh adik beradik berebutkan pembahagian wang tersebut.

Sedangkan sekalipun jika dakwaan oleh Pengerusi ANAK, NGO proksi kepada PAS itu adalah benar, namun penulis portal itu tidak sepatutnya menyamakan peneroka Felda mahupun generasi mudanya dengan kebodohan seekor lembu.

Apa hak penulis pro PR merendah-rendahkan taraf pemikiran generasi baharu Felda? Adakah menjadi kesalahan untuk generasi baharu peneroka felda menerima imbuhan durian runtuh itu, sedangkan mereka berhak menerimanya berikutan sokongan mereka kepada usaha penyenaraian FGVH di BSKL.

Portal suarapakatanrakyat.com jelas sekali tidak mengambil iktibar disebalik keterlanjurannya sebelum ini yang menulis artikel mempertikaikan tarian tradisi Sumanzau yang tampak jelas menghina orang Sabah.

Bila rakyat Sabah bangkit menyuarakan kemarahan, pandai pula si penulis berdolak dalik mencipta alasan untuk menegakkan benang basah sehinggalah bila keadaan semakin tak terkawal, barulah portal itu menarik balik artikel penghinaan selepas mendapat nasihat pemimpin-pemimpin PR.

Sekarang penulis suarapakatanrakyat.com mengulangi perangai sama, kali ini menghina warga Felda yang disamatarafkan dengan lembu pula.

Sama saja perangai dan sikapnya seperti Naib Presiden PKR, Nurul Izzah yang tidak pernah terdetik di fikiran untuk mengambil pengajaran dari kelemahan dan kesilapan sebelumnya.

Tahun lalu Nurul Izzah telah mempromosikan Bangkung Christmas Bazzar yang menyediakan minuman keras dan nyanyian keagamaan Kriastian, tahun ini pula diulangi lagi kesilapannya dengan mencetuskan kontroversi berkaitan akidah orang Melayu Islam pula.

Dek kerana kuasa, penghinaan terhadap kelompok lain dihalalkan dan akidah agama digadai dijual sesuka hati, ia satu gambaran jelas betapa terdesaknya PR dalam usaha mereka untuk merampas kuasa demi memuaskan nafsu puak mereka.

Bila sudah beginilah pembawaan sikap penyokong dan pemimpin PR, usahlah berangan-angan untuk memerintah negara ini. Rakyat Malaysia tidak kerugian pun menolak kehadiran PR yang ternyata hanya banyak mencetuskan kontroversi dan kecelaruan berbanding manfaat untuk rakyat.

No comments:

Post a Comment

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!