Siti Kasim, pengaju soalan kepada Nurul Izzah
Pengaju soalan tersebut, Siti Kasim, seperti dilaporkan FMT berkata jawapan Nurul Izzah semasa dalam forum itu berbeza dengan penjelasan yang dilakukan selepas forum.
Penjelasan Nurul Izzah pada 4 November, sehari selepas forum itu (3 November) mengeluarkan kenyataan berbeza daripada kenyataan asal, di mana beliau mendakwa berkata, “Jawapan saya menegaskan ungkapan – ‘Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….’ – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.”
Turut ditambah Nurul Izzah yang tidak disebut dalam forum itu, “Saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.
“Saya kesal kerana ada percubaan memutarbelitkan kenyataan saya seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad,” kata Nurul Izzah dalam laman peribadinya, www.nurulizzah.com.
Namun, Mkini dotcom, portal pro pembangkang yang mula-mula melapor kenyataan Nurul Izzah di gereja itu hari ini mengeluarkan transkrip soalan dan jawapan Nurul Izzah dalam forum itu yang amat berbeza dengan penjelasan Naib Presiden PKR.
Soalan yang diajukan dari Siti Kasim yang ditranskrip portal Mkini dotcom, “Saya sangat gembira apabila mendengar YB Nurul bercakap berkenaan kebebasan beragama. Adakah anda juga bermaksud bahawa orang Melayu patut diberikan hak yang sama?”.
Jawapan Nurul Izzah juga turut ditranskrip portal itu, “Dan, apabila anda tanya saya, tidak ada paksaan dalam agama, malah Dr Ahmad Farouk (Presiden Islamic IRF-Islamic Renaissance Front) memetik ayat dalam Al Quran.
“Bagaimanakah anda boleh bertanya saya atau sesiapa, bagaimana boleh seseorang menjawab, ‘Maaf, ini (kebebasan agama) hanya dilaksanakan untuk bukan Melayu. Ia sepatutnya harus dilaksanakan secara sama rata …laksanakan untuk semua (kaum)”. Hadirin bertepuk tangan.
“Di dalam Al-Quran, tidak ada terma yang spesifik untuk orang Melayu. Ini cara ia sepatutnya dilakukan. Jadi (walaupun) saya diikat, dengan pandangan semasa, tetapi saya harus mengatakannya.
“Jadi apa yang anda mahu sudah tentu dari segi kualiti. Awak percaya dengan kuat dalam kepercayaan awak, walaupun saya bersekolah di Assunta yang mempunyai salib besar di dewannya dan nyanyian persatuan Katolik yang aktif, saya tidak terpengaruh dengannya”. (Loceng berbunyi menanda masa menjawab tamat dan moderator mengucapkan terima kasih kepada ahli panel).
Nurul Izzah juga tidak memberi penjelasan berkaitan dengan pandangannya yang mempertikai sekatan undang-undang terhadap kumpulan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) yang melakukan aktiviti seks di tempat peribadi sepertimana yang disebutkannya dalam forum tersebut. Baca Seterusnya
No comments:
Post a Comment
Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!