Saturday, November 24, 2012

Panas !!!! Ibu Tunggal Selangor Mengamuk Kerana Khalid Ibrahim


SHAH ALAM: Seramai 2,020 ibu tunggal di Selangor memfailkan saman berjumlah RM10.9 juta terhadap kerajaan Selangor dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana gagal memberikan elaun ibu tunggal seperti dalam Manifesto Pilihan Raya Umum ke-12. 
Saman itu difailkan di kaunter pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi, di sini, jam 9.20 pagi semalam, melalui Tetuan Kamarudin & Partners melalui peguam Kamarudin Ahmad. 
Kira-kira 50 wakil ibu tunggal hadir di kompleks mahkamah di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ketika saman berkenaan difailkan sebagai tanda sokongan terhadap saman difailkan. 
Dalam pernyataan tuntutan yang diketuai Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Selangor, Murtini Kasman mendakwa kerajaan Selangor di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat dalam manifestonya akan memberi elaun, tetapi tidak menunaikan janji berkenaan. 
Negeri Selangor dan Abdul Khalid yang dinamakan sebagai defendan pertama dan kedua, didapati gagal membayar elaun ibu tunggal RM100 seperti yang dijanjikan dalam Manifesto Pakatan Rakyat (PR) selama 54 bulan bermula 1 April 2008 hingga 30 Oktober 2012 kepada semua plaintif dengan jumlah keseluruhan RM10,908,000- HMetro


Harap-harap rakyat Selangor dah sedanq kot pada PRU 13 nanti yang mana permata, yang mana kaca dalam politik Malaysia setelah di tipu pada PRU12 yang lalu oleh Pakatan Haram.

Sememangnya pemimpin yang munafik seperti pemimpin yang ada dalam Pakatan Haram tidak layak di pilih sebagai pemimpin rakyat kerana mereka hanya mahukan kuasa semata-mata. Setelah mereka memiliki kuasa mereka sudah tidak mempedulikan rakyat lagi.




No comments:

Post a Comment

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!