Panas !!! Akibat Kebebasan Beragama Yang Di Perjuangkan Nurul Izzah Akhirnya Menunjukan Kebodohan Dirinya Sendiri @nurul_izzah
Selepas berminggu-minggu fikirannya berkecamuk dengan isu kebebasan bertukar agama bagi orang Melayu Islam yang tercetus akibat keterlanjurannya sendiri, akhirnya Naib Presiden PKR, Nurul Izzah mengambil keputusan nekad dengan memfailkan saman terhadap Utusan Malaysia.
Tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai menyaman Utusan berhubung isu orang Melayu bebas bertukar agama ini pada pandangan ramai sebenarnya agak pelik dan menimbulkan lebih banyak persoalan yang menuntut jawapan konkrit.
Malah beberapa pemimpin PAS dan PKR yang berlatar belakang agama juga sedikit kurang senang dengan tindakan tersebut yang pada perkiraan mereka ia seumpama satu silap mata untuk mengabui mata rakyat. Dengan kata lainnya macam nak menipu rakyat dan mengalih isu sebenar.
Saman tersebut yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma guaman milik peguam pro PAS, Tetuan Mohamed Hanipa & Associates pada 23 November 2012, anak perempuan sulung kepada Ketua Umum PKR itu antaranya menuntut Utusan memohon maaf dalam tempoh 24 jam.
Lain-lain tuntutan termasuklah meminta defendan menarik balik tuduhan fitnah, ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi melampau tanpa menyatakan nilai tuntutan yang dikehendaki.
Jika Nurul Izzah merasakan dengan kaedah saman menyaman bakal mengambus isu ini dan menyelamatkannya dari terus dibayangi kesilapan dan keterlanjuran mulutnya sendiri, ternyata andaian itu silap sama sekali.
Persoalan besar yang sedang bermain di minda khalayak tika ini ialah kenapa hanya Utusan yang disaman? Mengapa portal berita yang bias kepada PR iaitu Malaysiakini terkecuali dari tindakan?
Sedangkan media pertama yang menerbitkan berita berkenaan kenyataan Nurul Izzah di gereja bersabit isu kebebasan beragama untuk orang Melayu ialah portal Malaysiakini yang pro pembangkang.
Malaysiakini, dalam artikelnya bertarikh 3 November 2012 di bawah tajuk "Nurul: There should be no compulsion in choosing faith" menyebut bahawa "rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama dan perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu".
Perenggan pertama artikel Malaysiakini itu jelas bermaksud bahawa orang Melayu juga wajar diberi hak untuk bebas beragama, dengan kata lainnya orang Melayu seharusnya boleh keluar daripada Islam ataupun dibenarkan murtad.
Dalam konteks negara kita Malaysia, seseorang Melayu itu ditakrifkan wajib beragama Islam. Bila disebut orang Melayu automatik agamanya Islam, itu hakikat dan itu realiti. Melayu dan Islam berpisah tiada, ibarat aur dengan tebing.
Jika Utusan disaman atas tuduhan memfitnah, bermakna bila Malaysiakini dikecualikan dari tindakan maksudnya berita yang disiarkan oleh portal itu adalah benar, tidak begitu?
Sekiranya isu kebebasan agama yang sedang memeningkan kepala Nurul Izzah tika ini hanyalah fitnah, langkah yang betul ialah menyaman kedua-duanya dan bukannya bertindak double standard.
Kenapa mesti ada pendakwaan terpilih dan perbezaan tindakan, bukankah ini mendedahkan kepada umum betapa kebebasan bersuara ala PR yang sering dilaungkan sebenarnya hanyalah omong kosong sahaja.
Terang lagi bersuluh, nawaitu sebenar pemimpin PKR itu dalam samannya terhadap Utusan hakikatnya hanyalah untuk menutup isu disamping cuba menipu rakyat. Ini sebetulnya satu cubaan untuk mematikan isu dan memutar belitkan kisah sebenar.
No comments:
Post a Comment
Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!