Wednesday, November 21, 2012

Harap Ustaz Azhar Idrus Berfikir Mengunakan Akal Fikiran Dan Bukannya Berfikir Menggunakan Nafsu @UstzAzhridrus



Sebelum ini Pisau Kedah jarang menulis bab Ustaz Azhar Idrus, Ustaz YOUTUBE yang di katakan PRO kepada parti PAS.

Kali ini Pisau Kedah terpanggil nak menulis tentang apa yang di tulis si Ustaz Azhar Idrus dalam twitternya berkenaan jet yang di miliki Angkatan Tentera Malaysia yang di kata Azhar Idrus " Buat apa jet sampai 16 buah tapi duk pamer time merdeka je. Hantar tu pada Gaza, yang sangat memerlukan.

Ustaz oiiii kalau Islam dalam dunia ini bersatu yang pastinya musuh-musuh Islam akan rasa takut dengan kekuatan Islam, tapi masalahnya sekarang Islam di seluruh dunia bertelagah sesama sendiri sepertimana yang terjadi juga di Malaysia apabila orang Islam kian berpecah hanya kerana berbeza pandangan politik.

Ustaz Azhar Idrus harus sedar bahawa jet-jet yang terdapat di Malaysia merupakan aset ketenteraan milik Malaysia untuk di gunakan mempertahankan kedaulatan Malaysia dari di serang musuh.

Sekiranya kita menghantar kesemua jet-jet perjuang kita maka Negara akan berada di dalam bahaya dan mendapat ancaman dari di serang.

Sekiranya menghantar 2 atau 3 saja jet perjuang, mampukah dengan bilangan banyak itu dapat menandingi kekuatan musuh yang kuat seperti Israel dan memiliki kecangihan senjata untuk berperang.

Azhar Idrus patut mengunakan otak untuk berfikir secara logik walau pun seandainya Malaysia memberi bantuan ketenteraan secara rahsia pastinya Malaysia tak akan war-warkan kepada umum kerana ianya boleh merbahayakan keselamatan Malaysia kerana Malaysia merupakan sebuah Negara yang kecil.

Hanya satu cara saja sahaja yang dapat membantu Palestin selain dari berdoa kepada Allah S.W.T iaitu Islam di dunia bersatu hati dan tenaga menentang Israel.

6 comments:

  1. Bukan ke Uai ni takde twitter ? -.-

    ReplyDelete
  2. Salam.. Masing2 ada pandangan peribadi.. Niat Ustaz tu saya yakin adalah untuk membantu saudara2 Islam kita selain daripada menghulur derma makanan minuman perubatan dan sebagainya di Gaza dengan tujuan berjihad demi agama Islam.Itulah gunanya bagi pandangan. Jika semua alim ulamak mempunyai pandangan begitu disemua negara islam maka secara tak langsung InsyaAllah boleh bersatu dan duduk semeja berunding. Dari pandangan ustaz tu saya yakin kerajaan Malaysia takkan lakukan penghantaran jet tu oleh sebab kos yg amat tinggi dan juga mcm saudara katakan untuk melindungi tanah air ini daripada diserang oleh musuh secara tiba2 ( tapi tak tahulah saya Malaysia akan diserang oleh negara mana) disamping kerelaan yg tidak pasti samada pemandu jet2 pejuang kita sanggup berjihad atau tidak (yang beragama Islam dlm TUDM) Kalau sanggup dilakukan pun saya yakin semua media akan memawarkan berita ini pada rakyat malaysia. Kalau berjuang kerana Allah dan Islam saya setuju pendapat ini. Jika berjuang kerana nak menunjuk2 saya setuju juga sebab sekurang2nya membantu negara tersebut. Kalau tak kita simpan je jet2 tu untuk satu hari nanti boleh digunakan untuk diletakkan di Muzium2 Negeri agar menjadi sejarah dan untuk Photo2 family. tq.

    ReplyDelete
  3. KALAU BETULLAH UAI YG TULIS TWEET TU..NAMPAK SANGAT DIA NI BENGAP TAHAP GABAN PASAL UNDANG2 ANTARABANGSA. SEBAB TU ASYIK TAHU NAK KUTUK ORANG JE.

    DI NEGARA INI PUN UMAT ISLAM SENDIRI MENDOAKAN KEHANCURAN UMAT ISLAM LAIN..ITU DIA TAK KOMEN PULAK.

    CADANGAN AKU, WHY NOT UAI SENDIRI PERGI GAZA TOLONG RAKYAT PALESTIN KAT SANA? BAWA SEKALI PEJUANG2 ISLAM PAS YANG BEGITU GHAIRAH NAK MATI SYAHID. BUKTIKAN KEPADA SEKALIAN RAKYAT MALAYSIA..IN SYA ALLAH..UMAT ISLAM MALAYSIA TETAP AKAN MENDOAKAN KESELAMATAN ANDA SEMUA...KAMI TIDAK MENDOAKAN KEHANCURAN ANDA DI SANA NANTI..SO..ADA BERANI KA?

    ReplyDelete
  4. Salam sekali lagi... Tertarik saya apabila isu ini dipolitikkan oleh sesetengah pihak.Beginilah pandangan peribadi saya. Jika di Malaysia iaitu sebuah negara Islam mempunyai parti2 politik iaitu Barisan Nasional,Parti Pakatan Rakyat dan lain2 lagi. Sedunia pula saya meletakkan seumpama parti juga tp parti berasaskan agama dan iaitu Islam, Kristian, Hindu dan lain2 juga. Jadi jika di dalam parti negara mempunyai masalah dalaman begitu juga parti agama. Maka terpulang pada ilmu dan pemikiran anda. Jika kebanyakkan kita dinasihatkan perlu bersatu dalam parti negara kenapa tidak kita juga bersatu dalam parti agama? Jawapannya adalah setiap memang manusia mempunyai pandangan dan kemahuan yang berbeza walaupun berada dalam parti yg sama. Samada parti negara ataupun parti sedunia. Jika Allah Yang Maha Pencipta dan Maha Mengetahui boleh memberikan kebebasan pada manusia menggunakan akal fikiran. Kenapa kita pulak sebagai manusia kerdil ciptaan Allah tidak mengistiharkan hak kebebasan itu keatas manusia lain. Tegur menegur sesama kita itu biasalah tp biarlah yang membina dan letakkan kepentingan pada Allah itu yang pertama.Manusia tetap melakukan kesilapan maka tegurlah dengan baik untuk disedarkan serta diberi peluang berubah. Amarah itu adalah amalan syaitan yg kebanyakkan orang2 Islam mengetahuinya dar Al-Quran.

    ReplyDelete
  5. blog nie bodoh!!!!!!!!!!blogger mcm nak haram!!!!!!!!!!!!!!!!!!!1

    ReplyDelete
  6. buang mase je layan blog cegini..sepatutunye tajuk kat atas " Harap Blogger ni Berfikir Menggunakan akal fikiran "..tulis macam xde akai..bodoh piang

    ReplyDelete

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!