Thursday, November 8, 2012

Gempar !!! Ucapan Mujahid Yusof Rawa Dalam Gereja Telah Menyeleweng Ayat Al-Quran



Syura dari segi bahasa beerti rundingan,bicara atau timbangan permuafakatan.Manakala dari istilah syara'terdapat banyak pengertiannya diantaranya,syura adalah perbincangan yang dilakukan keatas permasaalahan dunia atau agama dan mencari penyelesaian yang terbaik.Amalan sistem syura ini adalah perintah Allah kepada hambanya untuk menyelesaikan perselisihan pendapat di antara umat islam 

Firman Allah di dalam surah As-syura ayat10 yang bermaksud:


'Apa-apa perselisihan antara kamu dalam sesuatu perkara, maka kembalilah hukumnya itu kepada Allah'

Juga firman Allah didalam surah An-Nisa' ayat 59 yang bermaksud:


'Jika sekiranya kamu bertelingkah dalam sesuatu perkara maka kembalilah kepada Allah dan Rasulnya,jika kamu beriman kepada Allah dan hari kiamat'

Syura adalah salah satu kaedah penyelesaian masaalah di dalam islam yang muafakat kearahnya didasarkan kepada usul syariat Islam.Di zaman Rasullullah baginda sering meminta pandangan sahabatnya mengenai sesuatu perkara yang berkait dengan kehidupan mereka.

Matlamat syura ialah menentukan hala tuju ketetapan Am, mengembalikan ummah untuk memikul kesediaan tanggungjawab. Islam sebagai asasbagi ummah, manakala ummah adalah sebahagian daripada pelaksanaan sistem syura.Dalam konteks negara Islam, Ahli Majlis Syura mestilahterlantik di kalangan orang-orang tertentu yang mahir dalam pelbagai bidang dengan di awasi oleh syura ulamak yang dikenali sebagai Majlis Syura Kerajaan.Bermesuarat itu adalah kewajipan yang mesti di tunaikan oleh orang-orang beriman dalam semua perkara dan mencari muslihat dengan dua syarat:

1.Syura itu tidak diharuskan dalam perkara-perkara yang telah menjadi nas yang telah di putuskan melainkan kerana membincangkan bagaimanakah untuk melaksanakan nas tersebut.

2.Syura itu tidak diharus sekiranya memberi keputusan yang menyalahi nas-nas syarak dan terkeluar dari syariat Islamiah.

Demokrasi adalah satu idelogi ciptaan manusia yang meletakkan sesuatu hukuman itu berdasarkan logik akal dan mendapat sokongan yang ramai. Sedangkan syura meletakkan hukuman yang paling tinggi adalah Allah, nas -nas syara' daripada Alquran dan Sunnah.Demokrasi meletakkan suara ramai itulah penghukum samaada halal atau haram, samaada menepati syara' atau tidak.Lantaran itu berlakunya segala bentuk kerosakan dan kefasidan yang mengakibatkan perselisihan antara manusia yang tidak di cerna dengan baik.Manusia pula di pengaruhi dengan akal dan nafsu ,jika sekiranya ia tidak dipandu dan di suluh dengan cahaya nescaya musnahlah segala apa tindakan yang dibuat.

Sesungguhnya Islam tidak menghalang demokrasi, dengan syarat demokrasi itu mestilah mengikut landasan yang telah ditetapkan oleh Islam.Bukan Islam yang mengikut demokrasi.Islam sebagai agama yang memerintah bukan diperintah.

1 comment:

  1. Penjelasan Ustaz Fathul Bari yang mantap, bernas dan berdalil dgn Quran dan nas... Sokong 101%.

    ReplyDelete

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!