Pasangan yang duduk berdua-duaan di Taman Rekreasi Tampin.
TAMPIN – Memalukan. Itulah luahan orang awam berikutan lokasi riadah pada waktu petang dicemari dengan segelintir pasangan muda memadu kasih di situ.Tindakan pasangan berkenaan bukan saja melangkaui batasan agama, malah menunjukkan contoh kurang sopan kepada golongan kanak-kanak, lebih-lebih lagi kawasan itu menjadi tumpuan keluarga.
Itulah situasi yang berlaku di Taman Rekreasi Tampin, di sini, seolah-olah tiada pemantauan pihak berkenaan.
Penduduk tempatan, Azahar Kasim, 40-an berkata, dia sering menghabiskan waktu petangnya di taman berkenaan untuk berjoging.
Azahar mengakui sering ternampak pasangan kekasih muda atau mungkin masih di bangku sekolah berkelakuan tidak sopan di sebalik pokok besar di taman berkenaan.
“Mula-mula memang saya terperanjat dan malu kerana budaya ini tidak sepatutnya berlaku di negara ini.
“Namun, apabila ia semakin berleluasa, rasa malu saya bertukar menjadi marah dan berharap agar pihak berkenaan segera buat pemantauan," katanya kepada Sinar Harian.
Tinjauan Sinar Harian juga mendapati, lokasi terbabit dicemari 'drama' segelintir pasangan seawal 2 petang di lokasi terlindung daripada orang ramai.
Seorang penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Rahmat, 50-an berkata, dia kesal kerana taman rekreasi itu disalahgunakan golongan muda.
“Jika pasangan terbabit beri alasan mahu berehat di sini, kelakuan mereka tetap salah kerana duduk dengan pasangan bukan muhrim dalam keadaan mencurigakan," katanya.
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Daerah Tampin (MDT), Razali Bakar berkata, taman rekreasi itu adalah kemudahan yang terdapat berhampiran pusat bandar bagi membolehkan masyarakat beriadah dalam usaha membudayakan cara hidup sihat.
“Bagaimanapun, sekiranya perkara ini berlaku iaitu kelakuan tidak senonoh pasangan di lokasi tersembunyi di taman ini, diharap pihak berkenaan dapat memantau aktiviti tidak bermoral ini," katanya. - SH
Di dalam pergelutan politik sesama Islam di Malaysia yang mahukan kuasa politik, entah ke mana perginya maruah segelintir golongan muda masa kini apabila sudah tidak memperduli batas-batas pergaulan di dalam bersosial.
Bagi golongan Islam yang bergelut merebut kuasa politik, pastinya permasalahan ini akan di tunding jari antara satu sama lain tanpa adanya jalan penyelesaian bersama untuk membendung gejala sosial yang kian menghantui remaja Islam.
Pastinya ada yang akan menyalahkan kelemahan kerajaan yang mentadbir, namun tak semua mengetahui bertapa sukarnya sekiranya penekanan undang-undang di lakukan walau pun pihak tertentu yang ada kepentingan politik mendesak perlaksanaan hukum Islam di laksanakan untuk mengatasi masalah sosial remaja Islam, tapi sejauh mana keberkesanannya sekiranya ada pihak lain yang mempunyai agenda tertentu yang di sokong pihak yang berkepentingan politik itu memainkan peranan sebagai pihak yang memperjuangkan hak asasi dan kebebasan yang bermotifkan politik.
Di Malaysia pendidkikan Islam sudah di terapkan sejak mula alam persekolahan, mustahil bagi golongan remaja tidak mengetahui akan batas-batas yang perlu di jaga mengikut landasan Islam bagi mengelakan berlakunya perbuatan maksiat.
Ramai ibubapa menyalahkan pihak berkuasa kerana gagal melaksanakan tanggungjawap membanteras gejala sosial di kalangan remaja sedangkan hakikatnya, ibubapalah yang bertanggungjawap membentuk keperibadian anak-anak mereka sejak dari kecil lagi seperti mana yang telah di amanahkan oleh Allah S.W.T.
Bak kata pepatah "Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya".
No comments:
Post a Comment
Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!