Tuesday, October 2, 2012

Tu Dia !!! PAS Perak Hilang Teloq Berhadapan Dengan Ngeh Koo Ham


nizar ngeh

Agak menggelikan hati apabila beberapa pemimpin PAS baru-baru ini tampil mempertahankan pemimpin DAP Perak, Ngeh Kor Ham, yang telah menghina Rasulullah SAW dan Islam di laman sosial twitter baru-baru ini.

Kenyataan Ngeh itu jelas mengguris hati ramai pihak, khususnya umat Islam di Malaysia yang menyifatkan kenyataan tersebut merupakan bukti kukuh bahawa DAP sememangnya sebuah parti yang anti-Islam.

Bagaimanapun, ada juga pemimpin PAS yang masih waras seperti Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak dan PAS Johor yang marahkan kebiadapan Ngeh tersebut meskipun dia telah membuat permohonan maaf secara terbuka.

Pun begitu, adalah sesuatu yang mengejutkan apabila dilaporkan bahawa Ngeh juga telah dihentam hebat oleh para perwakilan DAP ketika deligasi parti itu bersidang di Konvensyen  DAP Perak ke-17 yang berlangsung baru-baru ini.

Khabarnya, Ngeh mungkin menjangkakan bahawa dia bakal dipuji oleh para perwakilan DAP Perak yang hadir memandangkan jawatannya yang tinggi dan dilihat “popular” dengan suara-suaranya yang kononnya “hebat”.

Namun sebaliknya, Kong Ying Hwa yang merupakan Pengerusi DAP Cawangan Lumut memulakan “serangan” terhadap Ngeh apabila dia mempertikaikan permainan politik jijik bekas Exco Negeri Perak itu yang mempergunakan akhbar Cina untuk mengkritik ahli parti secara terbuka.

Kemudian, Pengerusi Cawangan Desa Manjung, Solaiman O.P Syed Ibrahim yang merupakan seorang Melayu “murtad” bingkas bangun pula menambah sakit hati di dada Ngeh apabila mempertikaikan tindakannya menyalahgunaka media demi kepentingan politik peribadi.

Lebih parah lagi apabila Ngeh semakin teruk dibalun oleh ramai perwakilan yang mempersoalkan tindakannya memperlekehkan Islam di Twitter baru-baru ini.

Menurut mereka, tindakan bodoh Ngeh tersebut telah membantutkan minat golongan Islam untuk menyertai parti itu sedangkan DAP sedang giat memancing ramai umat Islam untuk berjuang bersama-sama mereka.

Rasanya, berkemungkinan besar bahawa hati Ngeh begitu parah menunggu dan mengharapkan agar konvensyen DAP itu supaya cepat-cepat berakhir supaya sakit hati dan penderitaannya itu tamat segera.

Persoalannya, apakah Ngeh fikir bahawa dia merupakan seorang pemimpin yang berkaliber dan kuat lagi selepas dihentam hebat oleh para perwakilan DAP Perak itu?

Relevan lagikah dia mendabik dada kononnya dialah “hero DAP Perak” yang bakal merampas Perak kembali dari UMNO/BN pada PRU ke-13 nanti?

Lebih memalukan ialah tentang pendirian PAS Perak yang diketuai oleh Nizar Jamaluddin yang kononnya memperjuangkan Islam dan perjuangan Rasulullah SAW.

Di saat Azizan Razak, PAS Johor dan para pemimpin DAP Perak menghentam Ngeh berhubung kebiadapannya terhadap Islam dan Rasulullah SAW, PAS Perak tidak sedikit pun berani mengusik Ngeh.

Apakah PAS Perak takut dan begitu patuh kepada Pengerusi DAP Perak itu sehingga terpaksa merelakan lelaki kurang ajar itu menghina Islam dan Baginda Rasulullah SAW?

Tidak malukah PAS Perak kepada para perwakilan DAP yang mengkritik keras Ngeh?

Meskipun mereka memarahi Ngeh kerana mengurangkan minat golongan beragama Islam untuk menyertai DAP dan bukan kerana mempertahankan Islam, mereka sedar bahawa tindakan Ngeh itu salah sama sekali dari sudut moral dan politik parti.

Justeru itu, sewajarnya PAS Perak bermuhasabah diri dan mengkaji tentang hala tuju mereka yang kini dilihat hampir berkiblatkan Ngeh Kor Ham berbanding mempertahankan kesucian agama Islam di negeri tersebut.

Semoga Islam terus bersemi di Perak dengan kejatuhan seorang pemimpin DAP yang biadap dan durjana seperti Ngeh!

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Post a Comment

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!