Thursday, October 4, 2012

Tu Dia !!! Dewan Pemuda PAS Tunjuk Taring Di Selangor Tapi Hilang Teloq Di Kedah




DPP Selangor cuba menunjuk hero dengan mengesa PBT dan Jakim menghalang penganjuran bikini show di sebuah Hotel terkemuka di Ibu Negara..Dengan nada sedih juga DPP Selangor merasa kesal dengan tindakkan penganjur yang tidak menghormati dimana bulan ini umat Islam sedang mengerjakan haji..

Agak melucukan apabila DPP Selangor bersikap double standard dimana beliau lupa bahawa negeri yang ditadbir oleh pakatan haram sebelum ini tidak pernah langsung menghormati umat Islam dimana berlakunya pekara yang sama setiap hari lebih lebih lagi di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah..

Sebagai contoh di Kedah Pas membiarkan pusat hiburan beroperasi seperti biasa dengan menghidangkan tarian tarian separa bogel diatas pentas..Mana suara DPP bagi negeri negeri yang ditadbir pakatan bagi membendung gejala ini ??

Bukankah acara berunsurkan maksiat ini juga satu penghinaan kepada Malaysia?? Pisau Kedah cadangkan DPP lebih fokus terhadap kegiatan maksiat di negeri negeri yang ditadbir pakatan dulu sebelum menjadi jaguh kampung..

Dibawah ini adalah salah satu video acara berunsurkan maksiat yang berlaku di negeri Kedah yang ditadbir oleh Pas..Sebelum ini Pisau Kedah dan rakan rakan Team Media Kedah yang lain telah beberapa kali mendedahkan kegiatan maksiat yang berlaku di sebuah pusta hiburan yang diluluskan oleh kerajaan Pas Kedah..




baca selanjutnya...

No comments:

Post a Comment

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!