Kalau buat kerja tak menipu rakyat, itu bukan namanya parti PAS la. Segala buat kerja puak-puak PAS ni dalam mentadbir Kedah dah tak boleh lekang dok menipu rakyat Kedah
Sekiranya orang tidak tahu akan penipuan PAS Kedah, pastinya akan mempercayai apa yang tertulis pada papan iklan di atas yang di pasangkan PAS Kedah berkenaan perlombongan bijih besi dan hasil balak yang di perolehi ketika PAS mentadbir Kerajaan Negeri.
Berkenaan fakta perlombongan bijih besi di Gurun, sehingga sekarang Kerajaan Negeri belum mendapat sebarang bayaran royalti seperti yang di perkatakan pada papan kenyataan berkenaan, bayaran royalti RM10 Juta setahun kepada Kerajaan Negeri.
Yang menghairankan papan iklan ini hanya di pasang di sekitar luar bandar di mana tempatnya kurang pengguna internet, dan tak di pasangkan di sekitar bandar di mana kebanyakan penduduk mengetahui akan maklumat berkenaan perlombongan bijih besi di Gurun melalui laman internet.
Kalau semua nak tahu papan iklan ini adalah kepunyaan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri Kedah, di mana Pengarahnya, Datuk Mohamad Nor Rofie ( Totok PAS )
Kalau semua nak tahu, Datuk Mohamad Nor Rofie ni ada kena mengena juga dalam perbalahan antara puak Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu dengan SUK Negeri Kedah, Dato' Wira Hj Rasli Basir. (Nanti Geng Team Media Kedah akan dedahkan )
Berbalik kepada penipuan PAS Kedah. Tindakan memasang papan kenyataan itu tidak lain tidak bukan, niat puak PAS Kedah hanyalah hendak menipu orang luar bandar yang tak tahu akan hal sebenarnya yang berlaku di mana PAS Kedah begitu lemah di dalam mentadbir Kerajaan Negeri.
Mengenai pembalakan pulak yang di paparkan di papan iklan tersebut. Puak PAS Kedah hanya menerangkan RM80 Juta hasil yang di perolehi Kerajaan Negeri, tetapi tidak menerangkan berapa jumlah keluasan balak secara halal, keluasan balak secara haram dan keluasan balak yang melanggar undang-undang yang telah di sapu di sebalik hasil RM 80 Juta itu.
Nampak sangat puak PAS dok penipu orang luar bandar terutamanya penyokong PAS yang selalu dok kena kencing dengan maklumat yang di putar belit.
La ni Jom kita cabar Puak PAS Kedah serta Pengarah PTG Kedah dedahkan berapa keluasan keseluruhan balak halal yang telah di ambil di Kedah ( tidak termasuk kawasan pembalakan haram kerajaan negeri ) dan berapa peruntukan keluasan balak yang di luluskan setahun di seluruh Kedah pada tahun 2008, 2009,2010 dan 2011.
No comments:
Post a Comment
Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!