Sunday, October 7, 2012

Tu Dia !!! 32 Anak Muda Melayu Ditahan Ketika Berpesta Seks Dan Dadah


Di sebalik perpecahan bangsa Melayu dalam dunia politik, apalah nak jadi dengan remaja melaayu sekarang yang terlalu mengikutkan hati muda demi kepuasan hidup tanpa memikirkan akibat yang terpaksa di tanggung kelak.

Sebahagian 32 pengunjung yang ditahan dalam satu pesta seks dan dadah
di Damansara, Petaling Jaya, semalam.


PETALING JAYA 6 Okt. - Tujuh pelajar kolej swasta adalah antara 32 orang yang ditahan dalam satu pesta seks dan dadah di sebuah rumah kedai di Jalan SS21/39, Damansara di sini awal pagi ini. 
Lebih mengejutkan dalam serbuan pada pukul 3 pagi itu, kesemua yang ditahan iaitu 27 lelaki dan lima wanita adalah berketurunan Melayu dan dipercayai turut membabitkan beberapa anak orang kenamaan (VIP). 
Mereka yang berusia antara 19 dan 26 tahun itu dipercayai menyewa premis di tingkat tiga bangunan yang hanya terletak kira-kira 500 meter dari Balai Polis Damansara dengan bayaran RM500 semalam. 
Serbuan dilakukan oleh sepasukan polis dari Cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Petaling Jaya bersama anggota dari Balai Polis Damansara dan Majlis Perbandaran Petaling Jaya diketuai Asisten Supritendan Mohd. Nazri Daud.- UM

No comments:

Post a Comment

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!