Friday, October 19, 2012

Tragedi Banglo Runtuh Di Shah Alam, Seorang Mati, Tiga Terperangkap







SHAH ALAM, 18 Okt - Seorang buruh binaan maut, seorang putus kaki dan tiga lagi terperangkap apabila bumbung konkrit banglo yang sedang diubah suai di Seksyen 7 di sini runtuh, Khamis. 

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob berkata usaha menyelamat mangsa yang terperangkap sedang dijalankan oleh anggota Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam dan Majlis Bandaraya Shah Alam. 

"Kami percaya ketiga-tiga mereka masih hidup kerana kami masih mendengar suara-suara mereka memberikan respons kepada anggota penyelamat," katanya kepada pemberita di tempat kejadian. 

Beliau berkata mayat mangsa dikeluarkan oleh pasukan penyelamat pada kira-kira 6.24 petang dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk dibedah siasat. 

Sementara itu, tiga lagi pekerja binaan termasuk yang putus kaki berjaya dikeluarkan pada pukul 5 petang manakala seorang lagi dikeluarkan pada pukul 6.08 petang, katanya. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!