PERKARA-PERKARA YANG ANDA PATUT TAHU TENTANG BAJET PR
1. Tetap SATU BAJET DEFISIT – walaupun seantero Pakatan Rakyat mendakwa bahawa bajet alternatif 2013 yang diumumkan baru-baru ini menggambarkan polisi kukuh ekonomi mereka, menyokong penghapusan monopoli dan bakal mengimplementasi undang-undang antipakat ("antitrust") yang mampan. Dari segi angka, bajet alternatif 2013 mensasarkan defisit sebanyak 3.5 peratus berbanding 4.3 peratus, dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM234 bilion melebihi pendapatan sebanyak RM197 bilion.
Walaubagaimanapun, BN telah merangka rancangan untuk mengurangkan kadar defisit ini dalam tempoh lima tahun dengan sasaran 3.5 peratus menjelang 2015. Sasaran kerajaan untuk 2013 adalah sebanyak 4 peratus. Kita tidak boleh melakukan pengurangan atau melancarkan bajet berjimat cermat secara drastik, untuk terus mengurangkan kadar defisit kepada 3.5 peratus tahun depan, tatkala ekonomi global sedang gawat.
Sebaliknya, di dalam kegawatan ekonomi global, setiap negara perlu berbelanja dalam beberapa aspek untuk merangsang ekonomi domestik agar mampu bertahan menghadapi kesan-kesan ekonomi global. Ini kerana ekonomi domestik Malaysia merangkumi lebih 70 peratus daripada KDNK (Jumlah pendapatan negara).
Malahan, Malaysia adalah salah sebuah negara yang baru-baru ini mendapat pujian dari komuniti kewangan antarabangsa kerana strategi serampang dua mata yang merangsang ekonomi dan mengekalkan pertumbuhan pada kadar 5 peratus. Pakatan Rakyat juga sebenarnya mengakui dalam bajet alternatif 2013, mereka tidak dapat melancarkan lebihan bajet tahun depan walaupun mereka menghentam kuat kadar hutang negara masakini.
2. Pakatan Rakyat (PR) juga mendakwa mereka akan menyelesaikan isu perumahan mampu milik dengan menubuhkan Lembaga Perumahan Kebangsaan untuk melaksanakan projek-projek perumahan mampu milik secara besar-besaran di seluruh negara.
Bukan setakat itu sahaja, malahan PR juga berkata mereka akan menghentikan beberapa projek-projek penting serta agensi-agensi yang digerakkan di bawah pentadbiran Dato' Seri Najib seperti pembangunan tanah Institut Penyelidikan Getah di Sungai Buloh dan juga agensi pembangunan strategik 1MDB.
PR mencadangkan penggabungan 1MDB dengan Khazanah, di samping mendakwa bahawa pembaziran berlaku apabila kedua-dua agensi ini mempunyai objektif yang sama, selain daripada menetapkan polisi-polisi dividen minimum sebanyak RM2 bilion ke atas Khazanah.
Walaubagaimanapun, sekiranya kita membuat kajian secara mendalam, usaha PR untuk menubuhkan Lembaga Perumahan Kebangsaan ini sebenarnya telah pun dilaksanakan oleh kerajaan melalui 1PRIMA, yang merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk menyediakan perumahan mampu milik lebih baik kepada golongan berpendapatan rendah.
Bajet PR tidak realistik apabila mereka mahu menghentikan pembangunan tanah Institut Penyelidikan Getah di Sungai Buloh dan juga 1MDB kerana ini mendatang implikasi kepada ekonomi negara. Di Lembah Kelang, di mana tanah semakin penuh, salah satu cara untuk kerajaan menyediakan perumahan mampu milik adalah dengan melepaskan lebih banyak tanah kerajaan untuk membina rumah. Tidak ada lagi tanah kerajaan di Lembah Kelang untuk menampung permintaan perumahan selain daripada tanah milik Institut Penyelidikan Getah tersebut.
Patutkan pembangunan seperti ini dihentikan dan bagaimana pula nasib beribu-ribu buah rumah baru, yakni rumah-rumah dalam anggaran RM500,000 ke bawah. Bukankah ini bakal membawa implikasi buruk kepada ekonomi negara? Satu lagi kelemahan dalam cadangan mereka adalah persoalan bagaimana persaingan boleh dipupuk sekiranya 1MDB dan Khazanah digabungkan?
Sebab utama kenapa 1MDB ditubuhkan adalah untuk memupuk persaingan antara Khazanah dan 1MDB, kerana persaingan ini mampu merangsang kecekapan dan prestasi untuk membawa pulangan yang lebih mantap kepada kerajaan.
3. PR juga menyatakan hasrat mereka untuk menaikkan royalti minyak sehingga 20 peratus kepada negeri-negeri pengeluar minyak. Di atas kertas, memang nampak enteng. Tidak ramai yang sedar bahawa dalam mana-mana urusan perniagaan, sebaik sahaja kontrak ditandatangani, ia kekal terikat – tidak kiralah apa juga hasilnya. Kecuali, sekiranya kedua belah pihak bersetuju untuk menamatkan perjanjian tersebut yang berdasarkan kepada kefahaman yang mutual.
Dan paling penting terdapat “Penalty Clause” yang boleh mengakibatkan kerugian besar kepada PETRONAS apabila kontrak tersebut tidak dipenuhi atau dipersetujui oleh mana-mana pihak. Kerajaan-kerajaan negeri kini menerima 5 peratus royalti minyak, hasil dari perjanjian yang telah dibuat lebih 40 tahun dahulu. Dan tambahan pul setiap negeri mempunyai hak untuk menyimpan hasil kutipan cukai di negeri masing masing. Ini tidak termasuk pembiayaan projek-projek daripada Kerajaan Persekutuan tidak kira negeri tersebut dikelola oleh Pakatan ataupun Barisan.
Pembiayaan-pembiayaan melalui pembayaran produk-produk petroleum kepada kerajaan Persekutuan dan negeri dibuat mengikut sebuah Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC). Kontrak terserbut telah ditandatangani antara PETRONAS dan rakan-rakan kongsi asingnya seperti Shell, ExxonMobil dan lain-lain.
Dengan meminda kadar pengeluaran, akan menjurus keadaan kepada rundingan semula antara PETRONAS dan rakan-rakan kongsi PSCnya yang lain. Tambahan pula, kontrak ini termaktub untuk satu jangka waktu tertentu, dan sebarang usaha untuk meminda kriteria-kriteria kontrak ini akan menghancurkan minat dan keyakinan syarikat-syarikat gergasi minyak asing ini.
Bukan setakat itu sahaja, ramai yang tidak sedar bahawa Malaysia, melalui syarikat petroleum kebangsaannya PETRONAS memiliki salah satu daripada kontrak perkongsian pengeluaran yang paling adil dan efisyen di dunia. PSC PETRONAS adalah yang paling baik dengan syarat-syarat fiskal inovatif yang berlandaskan jumlah progresif (Progressive Volume-Based). Ini membolehkan kontraktor-kontraktor PSC untuk menambahkan lagi usaha-usaha dan komitmen mereka secara agresif dalam menggiatkan semula dan memaksimakan potensi dari lapangan minyak mereka.
Sepanjang tahun-tahun ini, PETRONAS telah memperbaiki perjanjian-perjanjiannya melalui kontrak-kontrak perkongsian risiko (RSC), mempelbagaikan lagi kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) yang asalnya diperkenalkan pada tahun 1976. Bermula tahun lepas, PETRONAS telah menyemak semula perjanjian tersebut sebagai PSC "enhanced oil recovery" (EOR) yang melonjakkan kadar pengeluaran dari 26 peratus kepada 40 peratus.
Sebagai sebuah perjanjian yang berlandaskan prestasi, ia dibina di Malaysia agar rakyat Malaysia dan rakan-rakan kongsi swasta mendapat manfaat dari lapangan-lapangan marginal yang berjaya dan mendatangkan hasil yang lumayan ini.
Sekiranya anda mahu menaikkan royalti minyak bermakna anda harus mengkaji semula segala perjanjian-perjanjian sedia ada, yang memang berkesan dengan baik dalam memberikan manfaat kepada kita.
4. Pakatan mahu menurunkan cukai-cukai automatif sebanyak 20 peratus tahun depan berbanding kadar masa kini antara 65 hingga 105 peratus.
Kita perlu memahami latar belakang Dasar Automatif Negara. Ini kerana cukai-cukai yang tinggi ke atas kereta; ia akan menjadi keterlaluan, merbahaya dan sangat mengganggu sekiranya ia dikurangkan secara drastik. Ia harus dilaksanakan dengan berperingkat -- samada dilaksanakan di bawah satu jadual ujian atau pun apabila kerajaan membuat keputusan.
Sebarang pindaan drastik kepada satu rejim cukai sifar akan mengakibatkan gangguan yang besar terhadap pasaran dengan harga-harga kereta yang sedia ada (sebagai contoh, kereta second hand), dan dalam sesetengah kes, akan jatuh mendadak sehingga kurang daripada separuh nilai masa kini. Adalah lebih munasabah sekiranya kadar cukai diturunkan sedikit demi sedikit melalui satu tempoh waktu tertentu. Memanglah ia akan membebankan namun, adakalanya ini sahaja jalan yang ada agar kesenangan dapat dikecapi kemudian hari.
Katakan, dalam tempoh 10 tahun dengan sasaran untuk mengurangkan kesemua cukai ke atas kereta dalam tempoh tersebut kepada 10 peratus dari kadar 85 peratus sekarang (untuk kereta-kereta kebangsaan) dengan purata point 7.5 peratus setahun. Sebuah kereta nasional berharga RM50,000 sekarang akan berkurangan sebanyak RM2,000 dalam masa setahun. Ini akan mengakibatkan gangguan yang minimal kepada kedua-dua pasaran kereta baru dan terpakai, dan kejatuhan harga kereta ini akan lebih mudah diterima oleh pemilik-pemilik kereta.
Bukan seperti penurunan drastik 20 peratus yang dicadangkan oleh PR. Dengan penurunan drastik 20 peratus, bolehkah anda bayangkan betapa banyak gangguan bakal berlaku kepada pasaran-pasaran kereta baru dan terpakai? Nilai kereta anda akan jatuh sebanyak 20 peratus dalam sekelip mata. Akibatnya anda tidak boleh menjual kereta disebabkan perbezaan harga yang terlampau. Dan ini akan mengakibatkan lebih banyak orang rugi (mungkin juga jatuh bankrap) kerana penurunan harga kenderaan yang drastik.
5. PR juga telah mencadangkan kajian semula ke atas semua kontrak-kontrak berkaitan MRT dengan niat untuk membuat peruntukan semula perbelanjaan bagi mengembangkan sistem rangkaian bas, dalam sasaran melengkapkan laluan-laluan LRT sedia ada dan laluan MRT masa hadapan.
Ia berkata ia akan memberikan tumpuan kepada Bus Rapid Transit (BRT) kerana ia adalah "sebuah penyelesaian pengangkutan awam alternatif yang lebih efisyen dari segi kewangan," dan menyarankan bahawa ia telah pun dilaksanakan di bandaraya-bandaraya seperti Bogota, Colombia dan Johannesburg, Afrika Selatan.
Walaubagaimanapun, apa yang tidak disedari oleh PR adalah di bandaraya-bandaraya tersebut wujud kombinasi sistem bas dan keretapi. Di bandaraya-bandaraya contoh untuk pengangkutan awam seperti Tokyo dan Zurich pun, mereka meletakkan keretapi sebagai ciri utama sistem pengangkutan awam mereka.
Implementasi BRT sebenarnya telah pun dimulakan sejak 2009 di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) untuk pengangkutan awam. Laluan-laluan BRT telah diwujudkan dari beberapa buah bandar-bandar satelit yang menghala ke KL dengan menggunakan laluan bas berdedikasi. Pengurang masa perjalanan dari bandar ke KL melalui BRT telah mencapai lebih daripada 50%.
Malah di bawah GTP, Kerajaan sudah menambahbaik perkhidmatan LRT agar lebih meluas dan selesa. Lebih dua juta penumpang di dalam tahun 2011 telah menikmati penambahbaikan perkhidmatan ini tanpa kita sedari. Projek MRT yang dicadangkan oleh Kerajaan sudahpun bermula kerana ia perlu untuk memenuhi permintaan penumpang dan juga disebabkan oleh faktor urbanisasi, dimana KL akan mempunyai lebih daripada 9 juta penduduk pada tahun 2020, berbanding 6 juta pada tahun 2011.
6. Jika kita lihat secara rawak, semua janji-janji Pakatan melalui Bajet Alternatif 2013 sudah terkandung dalam inisiatif yang masih dan telahpun dijalankan oleh Kerajaan. Terdapat juga beberapa idea baru, tetapi gagasan idea baru tersebut tidak mempunyai impak maksima kepada rakyat Malaysia.
Contoh yang ketara seperti yang terkandung di mukasurat 2, Bajet Alternatif 2013. Penjimatan hasil penurun harga kereta yang mereka warwarkan selama ini, hanya mempunyai nilai peningkatan RM70 bagi setiap rakyat Malaysia. Bagi mereka pula yang mempunyai pinjaman PTPTN, jumlah penjimatan bagi setiap warganegara hanya RM 200. Tetapi berapa ramai yang layak mendapat pinjaman PTPTN?
Tambahan janji mereka lagi adalah Special Teaching Allowance sebanyak RM500 kepada guru-guru yang hanya mempunyai jumlah sebanyak 400,000 orang. Apa yang berlaku kepada 28 juta rakyat Malaysia yang tidak mendapat apa-apa bantuan atau penjimatan daripada janji mereka?
Ini menunjukkan perbezaan yang ketara daripada Bajet 2013 yang diumumkan oleh Perdana Menteri. Banyak peruntukan bantuan atau tax relief yang diumumkan untuk setiap kategori masyarakat (tua, muda, pelajar, pegawai kerajaan, dan sebagainya), tetapi kita sebagai rakyat Malaysia masih alpa dan mudah ditipu oleh propoganda Datuk Seri Anwar dan rakan-rakan.
Ini kerana semakin hampir kita kepada Pilihanraya Umum ke-13, semakin ramai pihak yang akan menyemarakkan kemarahan, dalam misi membuat kita alpa dengan apa yang ada di sekeliling kita. Konsep kesyukuran kepada apa juga rezeki yang kita perolehi (baik secara langsung atau tidak melalui bantuan Kerajaan) akan terhapus dengan sewenangnya, jika kita tidak arif menilai secara objektif dengan apa yang kita telah dan sedang menikmati.
Adakalanya perubahan kehidupan yang kita inginkan itu datang dari usaha kita sendiri. Telah banyak perubahan yang dijanjikan pada tahun 2008 oleh Pakatan di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah, persoalannya adakah kehidupan penduduk telah berubah atau rezeki mereka melimpah ruah di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat?
Walau apa pun yang tercetak dalam Bajet 2013 atau Bajet Alternatif 2013, hanya kita sebagai rakyat yang layak menilai.
Kata orang tua-tua...
Selidik dahulu sebelum sokong,
Jangan sampai kena kelentong!
Sumber SINI
No comments:
Post a Comment
Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!