Sunday, October 21, 2012

Terpanas !!! Blogger Pakatan Haram Kantoi Fitnah Najib Dalam Perlawanan Akhir Piala Malaysia Di Antara Kelantan Dan ATM.#SGB



Di dalam alam maya ini, kalau tak menipu itu bukan namanya blogger pencacai Pakatan Haram la. Menipu, mengfitnah dan memutar belit fakta itulah amalan harian yang di amalkan blogger pencacai Pakatan Haram.

Blogger pencacai Pakatan Haram telah dididik menggunakan apa jua keadaan dan suasana bagi menipu, mengfitnah dan memutar belit fakta.

Cuba anda lihat gambar print screen laman blog milik pencacai Pakatan Haram yang telah memutar belit fakta bagi mengfitnah YAB DS Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia.( Gambar di ambil dari blog Dr MiM ) 



Gambar yang di mainkan blogger Pakatan Haram sebenarnya telah di ubah suai dari gambar perlawanan bola sepak akhir Piala Malaysia semalam di antara Kelantan dan ATM yang telah berpihak pada Kelantan dengan 3-2.

Sebenarnya kain rentang yang di pasangkan peminat dan penyokong skuad bola sepak Kelantan, bukan lah tertera Tak Nak Najib seperti yang anda dapat lihat dalam gambar di atas.

Gambar yang sebenarnya telah di ambil oleh pencacai Pakatan Haram dari Fan Page Facebook milik Kelantan FA yang di muat naik semalam.

Gambar yang sebenar dari Fan Page Kelantan FA


Ternyata perkataan yang tertera pada kain rentang yang di pasang penyokong skuad bola sepak Kelantan adalah Gelombang Merah dan bukannya seperti yang di mainkan blogger pencacai Pakatan Haram, Tak Nak Najib.

Di sini kita dapat lihat tujuan blogger pencacai Pakatan Haram mengubah suai gambar berkenaan untuk mengelirukan  adalah di sebabkan tred mark Gelombang Merah yang telah membuatkan blogger pencacai Pakatan Haram fobia.

Tred Mark Gelombang Merah merupakan Tred Mark yang di gunakan UMNO di seluruh Malaysia bagi menunjukan kebangkitan UMNO di dalam mendapat sokongan rakyat.

Tak hairan la PAS juga telah menciplak ideal Tred Mark UMNO dengan mengubah suai dari Gelombang Merah ke Gelombang Hijau Menuju Ke Putrajaya di sebabkan fobia dengan tred mark berkenaan yang telah mendapat sokongan rakyat.

No comments:

Post a Comment

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!