Hari ini Pemuda BN Kedah yang di ketuai Ketua Pemuda Umno Kedah, Badrul Hisham bersama kepimpinan pemuda MCA telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Setar terhadap laporan audit Kedah Corporation Berhad yang menunjukan terdapat kerugian yang meragukan di dalam projek Pembalakan dan Peladangan Papua New Guinea .
Laporan tersebut di lakukan berikutan cabaran Azizan Razak terhadap pemuda BN Kedah agar membuat laporan polis terhadap kerugian yang telah berlaku dalam projek Papua New Guinea.
Bagi Badrul Hisham yang mengetuai laporan yang telah di buat di balai polis mengangap kenyataan yang telah di buat Azizan Razak mencabar Pemuda BN umpama "Beruk Yang Sedang Memanjat Pokok Ceremai Dan Akhirnya Buah Ceremai Berkenaan Terlantun Ke Mukanya Sendiri"
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Salam perjuangan .. Mohon di pautkan blog MMI mahamissa.blogspot.com terimakasih.
ReplyDelete