Sunday, October 7, 2012

Panas !!! Mat Komunis Syiah Tetap Akan Di Cantas Di Kedah Oleh Azizan Razak


 
ALOR SETAR - Pas Kedah tidak menolak kemungkinan besar Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu bertanding sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di Kedah. 
Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, tidak mustahil Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu kembali bertanding di Kedah, memandangkan sebelum ini beliau pernah menang PRU 1999 di negeri ini. 
“Ada kemungkinan besar beliau bertanding di Kedah, namun terpulang kepada Pusat untuk putuskan. Jika benar beliau berminat jadi calon di Kedah, kita tiada halangan,” katanya. 
Menurutnya, bagaimana pun cadangan itu perlu dibincangkan terlebih dahulu dalam mesyuarat perhubungan Pas Kedah, sebelum dimuktamadkan. 
“Jika Mat Sabu bertanding di Kedah, saya yakin beliau boleh menang sebab pengaruh beliau masih kuat di sini, terutama Kuala Kedah. Pas Kedah sedia timbang cadangan itu, namun perlu persetujuan semua pihak,” katanya. 
Phahrolrazi yang juga Yang Dipertua Pas kawasan Kuala Kedah berkata, sebelum ini Mat Sabu pernah bertanding di empat negeri, selain Kedah, iaitu Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu. 
“Memang kita sudah bincang calon-calon layak bertanding dalam PRU13, termasuk calon import, tetapi ianya masih belum muktamad. Keputusan rasmi hanya akan diumumkan menjelang tarikh pilihan raya,” katanya. 
Mat Sabu menang dalam PRU tahun 1990 di Parlimen Nilam Puri dan kerusi Parlimen Kubang Kerian dalam PRU tahun 1995. Pada PRU 1999, beliau menang Parlimen Kuala Kedah, tetapi tewas di Kuala Terengganu dalam PRU 2008 kepada Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail. 
Nama Mat Sabu kini kembali diperkatakan sebagai calon PRU13 di Kedah.Pada Mac lalu, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak selaku Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, pihaknya bersedia menerima Mat Sabu bertanding di mana-mana kerusi di negeri ini, sekiranya mendapat ‘restu’ Pas kawasan atau menerima pencalonan yang mahu beliau mewakili kerusi di Kedah. 
Ini ekoran ura-ura mendakwa bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah (1999-2004) itu berminat bertanding di kerusi parlimen Pendang. 
Pada Februari, krisis dalaman Pas Kedah membabitkan dua Exco Kerajaan Negeri, yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah, iaitu Dr Ismail Salleh dan Phahrolrazi, turut dikaitkan dengan usaha pihak tertentu untuk menempatkan Timbalan Presiden itu bertanding di Kedah pada PRU13, yang didakwa tiada dalam percaturan politik Azizan. -SH



Penerimaan Mat Sabu di Kedah oleh Azizan Razak dan orang yang pro kepadanya hanyalah lakonan semata-mata demi nama baik PAS untuk berhadapan PRU 13 yang bakal tiba bila-bila masa sahaja sedangkan hakikatnya Nama Mat Sabu tidak ada dalam senarai pencalonan di Kedah ( maklumat dari pihak dalaman PAS ).

Di sebabkan Phahrolrazi yang PRO kepada Mat Sabu telah melobi di PAS pusat, arahan telah di keluarkan PAS pusat supaya PAS Kedah dapat menerima Mat Sabu dan Azizan Razak yang pentadbirannya yang di kawal oleh Jawatankuasa Pemandu PAS pusat terpaksa akur dengan kehendak PAS pusat.

Walau pun terpaksa Akur dengan kehendak pusat, Azizan Razak secara rahsia telah mengatur langkah untuk mencantas Mat Sabu di mana saja tempat yang di tandingi di Kedah.

3 comments:

  1. Kesian Mat Sabu ditolak di Kedah.Kelantan,Perak,Pulau Pinang dan Terengganu.....mungkin Mat Sabu patut bertanding dinegara China sebagai wakil dari Parti Komunis...

    ReplyDelete
  2. Jika Mat Kominis ini dicantas oleh Pesuruhjaya PAS Kedah dan tidak dapat bertanding dimana-mana kawasan di Kedah, terutamanya di Kuala Kedah, wajib berlaku perang besar dalam PAS Kedah diantara Them Azizan dengan Them Phahrulrazi.

    Silap tak silap Azizan akan tepelancut keluar dari senarai calun PAS Kedah walau pun di DUN Sungai Limau.

    ReplyDelete
  3. satu pendamg sudah heboh pasal Mat Sabu mahu bertanding di situ.. ada yang kalangan ahli pas yang menerima, ada kalangan ahli pas yang menolak mentah-mentah

    ReplyDelete

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!