Tindakan Ustaz Nasha menghadiri dan membentangkan kertas kerja di program Wacana Pemikiran Dan Peradaban Ummah ke 4 yang di anjurkan oleh Pertubuhan Maufakat Sejahtera Masyarakat Malaysia di PWTC mendapat reaksi yang kurang senang dari segelintir pemimpin PAS terutamanya yang menjadi parasit dalam PAS.
Dari maklumat yang di perolehi dari sahabat Pisau Kedah, Keris 7 Lok di sini, terdapat beberapa pemimpin dalam PAS telah mengadakan perjumpaan untuk membawa isu Ustaz Nasha untuk di rundingkan melalui Majlis Syura PAS.
Ternyata kedudukan Ustaz Nasha di dalam PAS kurang di senangi golongan parasit dalaman PAS apabila salah seorang parasit dalaman PAS, Mahfuz Omar menjadi orang pertama dalam PAS meroyan menghantam Ustaz Nasha di sebabkan kenyataan yang telah buat Ustaz Nasha dalam program Wacana Pemikiran Dan Peradaban Ummah di PWTC.
Mari lihat kenyataan yang kurang bijak dari Mahfuz Omar, pemimpin PAS yang terkenal dengan kenyataan yang bodoh
Sambil menekankan kuasa dan Islam tidak boleh dipisahkan, kata Mahfuz, Pas memang memerlukan kuasa yang meluas untuk menegakkan Islam di negara ini.
Katanya, aspek itu yang diputuskan oleh Majlis Syura selaku badan tertinggi membuat keputusan dalam Pas.
"Jadi, apabila Ustaz mempertikaikan pendirian parti, bermakna beliau telah menyentuh dan mencabar Majlis Syura sendiri," katanya kepada Sinar Harian Online.
Ahli Parlimen Pokok Sena ini berkata, sebagai sebuah parti politik, Pas memang memerlukan kuasa dan usaha ini diteruskan dari dahulu sehingga sekarang.
"Dari dahulu kita hendakkan kuasa, dan sekarang kita hendak kuasa yang lebih meluas untuk menggantikan Umno, bagi menegakkan Islam, Umno telah gagal dalam peranannya," kata Mahfuz lagi.
No comments:
Post a Comment
Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!