KUALA LUMPUR – Kemelut air di Selangor kini semakin meruncing. Menjelang 2014, menurut pakar, Lembah Klang akan menghadapi krisis air yang semakin teruk berikutan kuantiti air di negeri Selangor sekarang ini semakin kritikal.
Komitmen kerajaan Pusat adalah jelas untuk meneruskan rancangan seperti Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) bagi mengatasi krisis bekalan air di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Pun begitu mengambil kira kepentingan rakyat, kerajaan Pusat tidak boleh menunggu persetujuan daripada kerajaan PKR Selangor yang berkeras menentang pelaksanaan projek tersebut.
Ini kerana, laporan daripada pakar-pakar menjangkakan bekalan air di ketiga-tiga kawasan terbabit akan meruncing menjelang 2015 atau 2016 sehingga boleh mencetuskan keadaan darurat sekiranya loji tersebut tidak dibina segera.
Sementara itu tinjauan Mynewshub.my ke Empangan Sungai Selangor petang tadi menunjukkan kuantiti air di empangan dekat Jalan Kuala Kubu Bharu itu sudah pun semakin menyusut.
Malah, takungan air mentah di empangan yang berukuran lebih kurang 600 hektar itu juga dikatakan hampir 40 peratus susut dari paras takungan yang sepatutnya iaitu kira-kira 235 juta meter padu.
Salah satu sungai iaitu Sungai Liut yang menjadi sumber kepada takungan air di empangan itu juga semakin kering untuk menyalurkan air ke dalam empangan tersebut.
Gelongsor limpahan di empangan juga sudah hampir lima bulan tidak dilimpahi air menyebabkan tiada simpanan air di empangan pengawal Sungai Selangor.
Keadaan yang serius melanda di empangan itu sejajar dengan kenyataan dari Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail yang mendakwa Selangor bakal menghadapi krisis air yang kritikal dua tahun lagi.
Malah, keadaan itu juga akan menyusahkan kehidupan rakyat di Selangor sekiranya kerajaan negeri masih lagi enggan mengambil langkah mengatasi krisis kekurangan air negeri itu.
Menurut pendapat dari salah seorang penduduk di kawasan berhampiran, Mohd Hanif, 57, berkata, rakyat sekarang ini sudah sedar dengan masalah yang melanda negeri Selangor.
Katanya, kerajaan negeri seharusnya melakukan kajian dan merancang cara untuk menambah bekalan air yang semakin berkurangan.
“ Rakyat sebenarnya tahu dan nampak apa yang berlaku. Sepatutnya, kerajaan negeri merancang dan membuat kajian terperinci tentang bagaimana menambah bekalan air di negeri ini,” kata ketika ditemui Mynewshub.my di sini hari ini. Baca Seterusnya
No comments:
Post a Comment
Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!