Hiruk piruk seketika dunia maya dengan hamburan kemarahan sesetengah pihak apabila Presiden MCA, Chua Soi Lek (CSL) menyatakan sekiranya hasrat PAS mahu melaksanakan hukum hudud menjadi kenyataan bakal menyebabkan kira-kira 1.2 juta orang kehilangan pekerjaan.
Kebanyakan reaksi balas dari pihak penyokong pro pembangkang, mereka menyifatkan kenyataan CSL itu adalah satu penghinaan terhadap Islam dan disebabkan itu UMNO perlu mengambil tanggungjawab di atas keterlanjuran CSL itu.
Hakikatnya, bukan UMNO ataupun mana-mana pemimpinnya yang perlu dipersalahkan berikutan kenyataan CSL yang sedikit bias itu, sebaliknya Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat serta Presiden PAS, Hadi Awang yang perlu mengambil tanggungjawab dan menanggung bebannya.
Seandainya para pembaca semua imbas semula pertikaian hukum hudud di antara PAS dengan rakan sepakatannya DAP sejak sekian lama, Nik Aziz dan Hadi Awang sebenarnya secara sedar atau sebaliknya, telah memberi 'lesen' untuk CSL berkata demikian mengikut pemahamannya.
Misalnya 12 Ogos 2009 yang lalu, Nik Aziz pernah mengeluarkan kenyataan terbuka menganggap tentangan DAP terhadap Islam bukannya satu kesalahan konon atas alasan DAP bukannya Islam.
"DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," demikian kata Nik Aziz kepada pemberita di Kota Bharu semasa diminta mengulas tindak tanduk beberapa pemimpin DAP yang seperti sengaja menghina Islam.
Reaksi selamba Nik Aziz itu sehingga kini tidak pernah dinafikan olehnya, dan menariknya semenjak itu, segelintir pemimpin politik bukan Islam kelihatan yakin dengan lampu hijau dari Mursyidul Am PAS itu, sehinggakan kian ramai dari kalangan mereka khususnya dari DAP dengan sewenang-wenangnya mempersendakan hukum hakam Islam.
Barangkali sudah ketentuan Illahi, ngam-ngam 3 tahun selepas Nik Aziz memberi lampu hijau untuk DAP sesuka hati menghina Islam atas alasan DAP bukan Islam, tanggal 12 Ogos 2012 yang baru sahaja dua bulan berlalu, Presiden PAS, Hadi Awang pula telah mengeluarkan kenyataan bahawa "DAP berhak untuk menolak hudud".
Dalam kenyataan tersebut yang disiarkan oleh Sinar Harian itu, Hadi berkata, penolakan DAP terhadap undang-undang Islam bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana Karpal Singh serta kebanyakan ahli DAP adalah bukan Islam.
Namun apabila CSL selaku Presiden MCA pula mengeluarkan satu kenyataan bias mengaitkan kesan buruk pada ekonomi negara sekiranya hudud PAS dilaksanakan, kenapa pula para penyokong PAS tiba-tiba sahaja melenting? Walhal, bukankah Nik Aziz & Hadi Awang sendiri sebelum ini secara sedar telah menghalalkan tindakan DAP untuk menghina Islam.
Jika para pemimpin DAP dianggap tidak bersalah bilamana mempertikaikan hukum hakam Islam sehingga berjaya memaksa PAS berlembut dan mengalah sebagaimana terbukti dalam beberapa mesyuarat tertinggi PR sebelum ini, maka usahlah menyalahkan CSL apabila beliau mengambil kesempatan tersebut untuk lebih kritis terhadap hudud PAS.
No comments:
Post a Comment
Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!