Berwajah manusia berhati syaitan itulah perumpamaan yang dapat di berikan terhadap teman lelaki seorang wanita yang mendera anaknya yang berusia lapan bulan.
Menitik air mata Pisau Kedah apabila melihat raut wajah bayi yang di dera ini. Apakah dosanya bayi yang baru saja mengenali dunia ini yang tidak mengerti lagi tentang kehidupan di perlakukan dengan kejam ?
BATU PAHAT - Seorang bayi berusia lapan bulan meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selama enam hari, dipercayai akibat didera teman lelaki ibunya.
Nur Irisyafida Balkis, dimasukkan ke hospital itu Khamis lalu kerana mengalami tiga keretakan di tempurung kepala, patah tangan kanan dan kaki kiri. Masih belum diketahui bagaimana bayi itu didera.
Dia meninggal dunia jam 2.30 petang semalam di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), di sini.
Ibu mangsa, yang dikenali sebagai Aida, 29, ketika ditemui berkata, sewaktu Balkis dimasukkan ke hospital, dia terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan.
Aida terkilan kerana Balkis, yang sudah pandai merangkak dan baru hendak belajar berjalan, tidak sempat menggunakan 'baby walker' yang dibelinya.- Sinar
No comments:
Post a Comment
Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!