Video di bawah ini membuktikan bagaimana sikap Anwar Ibrahim yang tidak cintakan Negara dengan selambernya engan mengangkat tangan ketika ikrar taat setia kepada Negara melalui Rukun Negara yang di bacakan ketika Anwar menghadiri Majlis Sambutan Kemerdekaan peringkat Negeri Selangor yang di adakan di Stadium Shah Alam.
Malahan Majlis tersebut mendapat kritikan hebat dan di boikot rakyat Selangor kerana pemimpin Kerajaan Negeri tidak menjemput Sultan Selangor di majlis Kerajaan Negeri.
Di dalam majlis tersebut tetamu kehormat kepada Kerajaan Negeri adalah Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang dan bukannya Sultan Selangor yang di sayangi rakyat Selangor.
Apakah orang macam Anwar Ibrahim yang hanya tamakan kepada jawatan sehinggakan sanggup mengheret sebahagian kecil rakyat Malaysia yang tak mampu berfikir waras sebagai mangsa untuk memperjuangkan ketamakan Anwar terhadap jawatan yang gagal dia miliki ketika berada di dalam UMNO dahulu, layak di jadikan sebagai pemimpin tertinggi di dalam pentadbiran Negara ?
Jangan jadikan masa depan generasi masa hadapan hancur di sebabkan memilih orang yang tamakan kepada jawatan dan tiada sifat seorang yang sayangkan kepada negaranya.
Bila niat di hati tidak sayangkan negara, bangsa dan agama, Insya Allah, Allah akan tunjukkan sedikit demi sedikit melalui perbuatan yang dia sedari mahupun dia tidak sedar. macam juga penipu akan bercakap berbelit-belit dan akhirnya akan terbelit dengan tipuannya satu hari nanti. Ingatlah Allah Maha Besar, awak tidak akan boleh sesekali menipu Allah ataupun menang dengan Allah walaupun awak boleh menipu seluruh manusia. Akhirnya sejarah akan mencatatkan sama ada awak adalah pejuang atau pengkhianat negara. Bertaubatlah dan Takutilah Allah dan segeralah berundur sebelum rakyat semuanya melaknat anda setelah Allah bukakan aib anda..
ReplyDelete