Tuesday, September 11, 2012

Video Panas !!! Anwar Mempertahankan Tindakan Pengawal Keselamatan Peribadinya Mengacu Senjata Kepada Orang Awam

Kini Anwar dalam keadaan terdesak apabila berhadapan dengan isu pengawal keselamatan peribadinya mengacu senjata api kepada kumpulan pemuda yang menghalang laluan BAS yang di naikinya dalam program Jelajah Merdeka Rakyat di Melaka.

Dalam kenyataan Anwar Ibrahim di Bandar Tun Razak pada 09 Setember. Dia mempertahankan tindakan yang di ambil pengawal keselamatan peribadinya membawa pistol untuk keselamatan dirinya dan isu ini tak perlu di politikan.


Dalam Video di atas ternyata di dalam mempertahankan tindakan pengawal keselamatan peribadinya, Anwar telah memutar belit fakta dengan mengatakan tidak menjadi satu kesalahan sekiranya pengawal keselamatan peribadi membawa senjata api sedangkan pengawal keselamatan peribadi kepada pemimpin lain dalam BN juga membawa senjata api. ( Anwar mempolitikan isu )

Cuba anda dengar kenyataan Anwar dalam Video di atas dengan jelas sehingga habis. Langsung Anwar tidak menyentuh isu di mana pengawal keselamatan peribadinya telah mengacu senjata api kepada orang awam di dalam keadaan PELURU SENJATA API BERKENAAN BERSEDIA UNTUK DI LEPASKAN ( Lock pin di off ).

Sebagai bukti senjata api yang di acukan kepada orang awam dalam keadaan sedia untuk di lepaskan tembakan cuba lihat video di bawah ini di mana video ini di rakamkan ketika pengawal keselamatan peribadi Anwar di tahan pihak polis yang berpakaian biasa.



Terbukti jelas PELURU senjata api berkenaan dalam keadaan bersedia di lepaskan dan lock pin picu senjata api berkenaan di offkan dan pihak polis yang menahan pengawal keselamatan peribadi Anwar terpaksa membuang kelopak peluru dan mematikan sebutir peluru yang berada dalam keadaan bersedia untuk di lepaskan.

Setahu Pisau Kedah belum pernah ada lagi la sebelum ini pengawal keselamatan peribadi yang mengiringi pemimpin parti mengacukan pistol kepada orang awam.

Selain itu wajar atau tidak apabila Anwar mengelar pemuda yang membantah kehadirannya ke Melaka merupakan samseng UMNO sedangkan mengelar kepada pemuda yang menghadiri Himpunan BERSIH 3.0 yang di penuhi keganasan menentang Kerajaan Malaysia adalah PERJUANG hak rakyat.



No comments:

Post a Comment

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!