Sehingga kini pihak polis telah mengedarkan 11 gambar pendemonstrasi yang biadap di himpunan Janji Bersih untuk membantu siasatan untuk pelbagai kesalahan yang telah di laporkan kepada pihak Polis.
Dalam 11 orang yang di kehendaki untuk membantu siasatan, seorang pemuda yang berumur 19 tahun telah berjaya di tahan setelah gambarnya berkelakuan tidak senonoh membuka seluar dan menunjuk pungongnya ke gambar YAB DS Najib Razak dan Isteri.
Dari sumber maklumat yang di perolehi, Pakatan Haram telah memperuntukan sejumlah RM1 Juta bagi membantu ke semua pesalah dengan menyediakan khidmat guaman yang hebat bagi memutar belit fakta di mahkamah.
Peruntukan berkenaan di percayai di beri secara rahsia bagi mengelak rakyat mengetahui Pakatan Haram membela 11 individu terbabit yang berkelakuan cukup biadap sehinggakan rata-rata rakyat kurang senang dengan apa yang di lakukan.
Sekiranya rakyat mengetahui Pakatan Haram yang memberi dana membantu guaman 11 individu terbabit, Pakatan Haram terpaksa berhadapan dengan kemarahan rakyat sehingga mampu menggugat sokongan di PRU13 ini.
Yang pastinya Pakatan Haram tidak akan berani ke hadapan untuk mengakui akan membantu 11 persalah terbabit.
No comments:
Post a Comment
Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!