Monday, September 10, 2012

Tu Dia !!! Kenyataan Ayahnda Tun Dr Mahathir Yang Tak Akan Di Cerita Oleh Media Pakatan Haram.



Pisau Kedah akui apa yang di perkatakan Ayahnda Tun Dr Mahathir berkenaan BN Mampu Memperolehi Majoriti 2/3 kerana rata-rata orang ramai yang Pisau Kedah bersembang untuk cuba mendapat maklumat mengatakan mereka menyayangi kerajaan yang sedia ada di sebabkan kebajikan yang telah di beri sejak Negara mencapai Kemerdekaan.

Ada dari kalangan mereka yang Pisau Kedah bersembang mengakui pada PRU12 yang lalu mereka telah memilih Pakatan Haram kerana terlalu marahkan cara kepimpinan BN ketika itu di sebabkan pelbagai faktor yang telah membuat mereka benci kepada BN.

Namun kini mereka merasa agak senang dengan kepimpinan BN setelah bertukar selepas PRU 12 walaupun terdapat sedikit cacat-cela tapi tidaklah seteruk cacat celanya Pakatan Haram yang hanya pandai berjanji tapi tidak pandai menunaikan.

Dari kalangan penyokong PAS (orang lama) pulak yang Pisau Kedah bersembang, majoriti daripada mereka terlalu marahkan PAS yang kini nampak ketara terlalu mengikut rentak parti lain di dalam Pakatan Haram terutamanya DAP.

Sebahagian yang Pisau Kedah bertanya masa bersembang, mereka tetap mengundi PAS kerana atas dasar kesetiaan pada parti namun sebahagian darinya sudah putus harapan untuk mengundi PAS pada PRU 13 ini.

Jika di lihat dari pekembangan ini ternyata kemampuan BN untuk menang di Kedah pada PRU 13 ini adalah cerah. Namun untuk mendapat 2/3 kerusi Parlimen ianya perlukan usaha dan tidak mustahil untuk mendapat 2/3 kerusi sekiranya benar-benar BN berusaha lebih.


No comments:

Post a Comment

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!