Baru-baru ini timbul kisah Khalifah Agung Umar Abdul Aziz diperkatakan dikalangan masyarakat. Tidak ketinggalan, si kafir juga meriwayatkan kisah-kisah yang dipetik dan disandarkan kepada Khalifah yang mulia ini. Tetapi benarkah riwayat tersebut..?? Saya tidak mengatakan ianya tidak benar. Namun ketahuilah kisah-kisah yang benar dan sahih dari buku ini.
Perjalanan hidup Khalifah Agung Umar bin Abdul Aziz
Dapatkan di: http://www.ilmu-islam.com/ index.php/buku/sejarah-kisah/ perjalanan-hidup-khalifah- agung-umar-bin-abdul-aziz.html
Regular Price: RM65.00
Special Price: RM55.00 (Belian Online sahaja)
Judul Asal (Arab): al-Khalifatur Rasyid wa al-Mushlih al-Kabir 'Umar B. 'Abdil 'Aziz.
Pengarang: Syaikh Dr. Ali Muhammad ash-Shalabi.
Penerbit: Darul Haq.
Weight: 1.2kg.
Jumlah mukasurat: 626 m/s.
Penerangan Buku:
Perjalanan hidup Khalifah yang Agung Umar bin Abdul Aziz, Ulama & Pemimpin yang Adil. Judul Asal (Arab): al-Khalifatur Rasyid wa al-Mushlih al-Kabir 'Umar B. 'Abdil 'Aziz.
Hebatnya pencapaian Umar bin Abdul Aziz dalam mengurus negara, bermula dari kesungguhannya menuntut ilmu, ditopang oleh pengenalan yang lurus kepada Allah, dan jerih payah yang tidak kenal lelah. Dari pengabdian yang penuh dedikasi inilah, lahir negara yang adil dengan menegakkan syura (musyawarah), keadilan, mengikis segala bentuk kezaliman, bahkan memakzulkan para gabernor yang diketahui bertindak zalim dan menindas masyarakat kecil bahkan terhadap kafir dzimmi sekalipun.
Reformasi Umar menyentuh segala bidang: Kehidupan agama, politik, sosial, ekonomi, dan budaya. Ekonomi misalnya, tegak di atas nilai-nilai kebenaran, keadilan dan penghapusan kezaliman dalam segala sektor, meletakkan target-target ekonomi yang nyata, pembahagian harta kekayaan yang masuk ke dalam negara secara adil, meningkatkan taraf ekonomi dan kemakmuran masyarakat. Langkah-langkah yang nyata, seperti: menyediakan suasana yang kondusif yang menunjang pertumbuhan ekonomi, membuka kebebasan ekonomi dalam skala luas, menetapkan peraturan perdagangan, kebijakan pertanian, dan menyediakan infrastruktur yang baik, sehingga semua orang dengan suka cita ikut terlibat dalam aktiviti ekonomi, bahkan tanah-tanah yang mati menjadi hidup.
Hasilnya, rakyat senang, Muslim dan non Muslim hidup berkecukupan, sampai tak ada orang yang mahu menerima zakat dan sedekah. Tonggak penting dalam negara yang dibangun Umar adalah; pertama, berdirinya pusat-pusat kajian ilmiah dan pendidikan, dan kedua, orang-orang yang menjadi penasihat, gabenor dan para pegawainya adalah orang-orang yang jujur, amanah, shalih dan berilmu.
Kekhalifahan Umar adalah fakta sejarah di depan mata setiap orang yang meneriakkan; Negara di atas Syariat Islam sangat kritikal didera pelbagai masalah dan krisis, sangat berisiko hancur setiap saat, negara model begini hanyalah mimpi. Padahal sejarah telah menentang dengan mengatakan, Tunjukkanlah bukti kebenaranmu, jika kamu adalah orang yang benar. (Al-Baqarah: 111). Dan kekhalifahan Umar ini adalah bantahannya; di mana dengan dasar Syari'at, keadilan ditegakkan sehingga tidak ada tirani minoriti dan tidak ada minoriti yang tertindas.
Semua ini bermuara dari keperibadian Umar yang agung: memiliki akidah yang lurus, rasa takutnya yang sangat kepada Allah, jujur, amanah, zuhud, wara', tawadhu', peribadi yang tenang, pemaaf, lapang dada, sabar, tegas, adil, rendah hati, bersungguh dalam bekerja, dan sentiasa menegakkan kebenaran dan keadilan. Umar bin Abdul Aziz adalah contoh Pemimpin yang Adil, Jujur, Amanah dan shalih, Ulama Pembaharu Agama, dan Reformis Sosial sejati.
Topik perbahasan dalam buku ini merangkumi: 1 - Biografi 'Umar B. 'Abdul 'Aziz 2 - Kedudukan 'Umar B. 'Abdul 'Aziz dari sudut keilmuan 3 - 'Umar B. 'Abdul 'Aziz ketika menjadi gabenor 4 - 'Umar B. 'Abdul 'Aziz ketika menjadi khalifah. 5 - Pembaharuan yang dilakukan 'Umar B. 'Abdul 'Aziz. 6 - Aqidah 'Umar B. 'Abdul 'Aziz dalam tauhid uluhiyyah, asma' wa ash-shifat, penentangannya terhadap aqidah sufi, keimanan beliau terhadap hari kiamat, serta keteguhan beliau dalam berpegang terhadap al-Qur'an, as-Sunnah dan sunnah para sahabat. 7 - Sikap 'Umar B. 'Abdul 'Aziz terhadap ahlul bait dan para sahabat Rasulullah. 8 - Sikap 'Umar B. 'Abdul 'Aziz terhadap Syi'ah, Khawarij, Qadariyah, Murji'ah, Muktazilah, dan Jahmiyah. 9 - Kehidupan dan sosial 'Umar B. 'Abdul 'Aziz. 10 - Sikap 'Umar B. 'Abdul 'Aziz terhadap para ulama. 11 - Pendidikan 'Umar B. 'Abdul 'Aziz. 12 - Sikap 'Umar B. 'Abdul 'Aziz terhadap reformasi politik dan ekonomi, sikap terhadap perundangan, ijtihad, dan hukum-hukum syar'iyyah. 13 - Sikap 'Umar B. 'Abdul 'Aziz terhadap jihad. 14 - Kewafatan 'Umar B. 'Abdul 'Aziz.
No comments:
Post a Comment
Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!