Wednesday, September 26, 2012

Panas !!! Islam Di Hina Di Malaysia Oleh Remaja India.

Dalam soal Agama di hina patutkah kita boleh perkompromi hanya kepentingan peribadi ??


Sebelum ini umat Islam Malaysia rasa di hina dengan kenyataan yang telah di buat Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham berkaitan isu bantahan filem Innocence Of Muslims. Terbaru seorang lelaki india di Malaysia telah menghina Islam di dalam akaun facebooknya apabila mencaci Nabi Muhammad S.A.W dan Allah S.W.T.


Sebagai rakyat yang berbilang kaum di Malaysia, aspek sensitiviti agama perlu di hormati untuk mengwujudkan negara yang aman.

Apa yang di lakukan pemilik akaun facebook Gopinath Jayaratnam cukup biadap sekali dan sepatutnya pihak berkuasa mengambil tindakan mengenakan hukuman supaya ianya menjadi satu pedoman untuk semua rakyat agar memelihara sensiviti agama.

Walau pun pemohonan maaf telah di pohon oleh Gopinath Jayaratnam melalui akaun facebooknya setelah dari maklumat yang di perolehi kediamannya telah di serang oleh pihak tidak di kenali, dia telah mengakui dalam akaun facebooknya bahawa akaun facebooknya telah di Hack oleh pihak tertentu.

Apakah perkara sebegini tidak akan di ambil tindakan siasatan oleh pihak berkuasa yang mempunyai kepakaran di dalam menyiasat apakah benar akaunnya di hack ?


Sekiranya siasatan telah di lakukan dan kertas siasatan telah di serahkan pada Peguam Negara (AG) untuk di dakwa dalam Mahkamah , apakah akan di buat perkasam seperti kes-kes sebelum ini di mana Islam telah di hina di Malaysia ?

Apakah pihak Peguam Negara nak melihat Gereja di bakar, Masjid di bakar, Tokong Hindu dan Tokong Buddha di bakar baru Peguam Negara nak buat dakwaan ?

Sekiranya selepas ini sensiviti agama sudah tidak di hormati, Negara menjadi kucar kacir, hidup pulak dalam ketakutan apakah akan terjadi kepada nasib generasi akan datang sekiranya dari sekarang tak di bendung.

Apakah kita nak mewarisi kehancuran Malaysia kepada generasi akan datang ?


Pisau Kedah :-

Demi Agama, Bangsa dan Tanah Air , Pisau Kedah tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba merosakannya.

No comments:

Post a Comment

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!