Tuesday, September 4, 2012

Eksklusif !!! Pemuda UMNO Merbok Dan Enam NGO Merbok Membuat Laporan Polis Terhadap Kebiadapan Penyokong Pakatan Rakyat Di Malam Himpunan Janji Bersih








Sungai Petani O4/09 - Tujuh laporan polis telah di buat hari ini di Ibu Pejabat Polis Kuala Muda terhadap kelakuan biadap segelintir penyokong Pakatan Rakyat di himpunan Janji Bersih yang telah memijak gambar dan membuka seluar untuk menunjuk punggong ke gambar YAB Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia dan isterinya Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.

Selain itu, wakill dari Pergerakan Pemuda UMNO Merbok dan enam wakil dari badan NGO kawasan Merbok juga membuat laporan berkenaan sikap biadap segolongan pemuda yang menyokong Pakatan Rakyat ingin menukar Bendera Malaysia, Jalur gemilang ke Bendera Sang Saka Malaya.

Ke tujuh-tujuh laporan terdiri dari wakil Pergerakan Pemuda UMNO Merbok, wakil Majlis Belia Daerah, wakil Pertubuhan Belia 4B,  wakil Jawatankuasa Ketua Kampung (Pusat) JKKP, wakil Pertubuhan Belia India Bukit Selambau, wakil Belia Anak Lembah Bujang (PERBELA) dan wakil Persatuan Kontraktor-Kontraktor Muda Merbok

Menurut sumber maklumat, tujuan laporan berkenaan di lakukan untuk meminta pihak berkuasa dan Peguam Negara mengambil tindakan yang tegas terhadap pemuda yang menunjukan punggung ke gambar Najib Razak dan Rosmah Mansor serta tindakan keras juga di ambil kepada pihak yang tidak bertanggungjawap mahu menukar bendera Malaysia yang di sayangi rakyat Malaysia.




No comments:

Post a Comment

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!