Apa yang Team Media Kedah fahamkan Quartcity Global Resources SDN BHD sememangnya sebuah syarikat yang kini banyak membolot projek dari PMBKed melalui Mihat Shaari.
Mihat Shaari merupakan individu yang cukup berkuasa di belakang Azizan Razak di dalam PMBKed. Segala urusan di PMBKed perlu mendapat persetujuan Mihat Shaari yang memegang jawatan Ketua Pegawai Operasi dan Pentadbiran walau pun kalau nak di ikutkan Azizan Razak merupakan Pengerusi di dalam PMBKed.
Dalam soal projek yang di berikan secara terus kepada syarikat kroni Azizan Razak, Azizan Razak mengunakan Mihat Shaari sebagai kambing hitam bagi melepaskan diri sekiranya rahsia sulit ini terbongkar kepada pengetahuan umum.
Namun langit tak selalunya cerah. Kini Azizan Razak bakal tersepit dengan isu ini kerana kebanyakan projek melalui PMBKed yang di pengerusikan Azizan Razak bernilai jutaan ringgit itu telah di berikan kepada Quartzcity Global di mana Ikram Shafiee merupakan individu yang kedua mempunyai kuasa di dalam syarikat terbabit.
Ramai yang tidak mengetahui bahawa Ikram Shafiee mempunyai hubungan talian keluarga yang cukup rapat dengan Azizan Razak. Di Sebabkan status hubungan kekeluargaan itulah Quartzciti Global yang di miliki oleh Ikram Shafiee bersama seorang individu yang berbangsa siam Pendang mendapat kelebihan projek secara tender terus .
Selain itu Quartzciti Global bersama Mihat Shaari juga mempunyai rancangan yang cukup zalim terhadap rakyat dengan menipu untuk mendapat kemewahan hasil dari Negeri Kedah.
No comments:
Post a Comment
Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!