Wednesday, August 22, 2012

Tu Dia !!! Bodek Punya Pasal, Khalid Ibrahim Sewa BAS Mewah Untuk Gambar Anwar Sahaja


SUMBER : MyKMU. net


KHALID Ibrahim kelmarin melancarkan bas mewah yang dihiasi muka Anwar Ibrahim bagi tujuan kempen pilihanraya umum yang akan datang.  Kata Khalid, bas itu disewa dengan menggunakan duitnya sendiri.

anwar_busDi mata ramai, begitu hebatnya Khalid membodek, sanggup berhabis untuk beli jiwa Anwar agar dikekalkan bertanding dalam pilihanraya umum dan kalau menang, masih dilantik menjadi Menteri Besar.

Sebetulnya itu bukanlah hal yang sebenarnya.

Strategi kempen menggunakan bas seperti ini sebetulnya sudah dibincangkan di kalangan 3 parti komponen Pakatan haram sejak awal tahun lagi.  Pendekatan kempen ini sebenarnya ditiru bulat-bulat dari pendekatan sama yang digunakan Perdana Menteri Turki, Tayyib Erdogan dalam kempen pilihanraya Turki tahun lepas yang menyaksikannya menang besar.



Perdana Menteri Turki, Tayyib Erdogan (yang juga pemuja Mustafa Kamal Artartuk) dan Anwar diketahui memang berkawan rapat.  Pandangan orang PAS tentang Kamal Artartuk ini memang diketahui, apa perasaan mereka bila dapat tahu Anwar yang dipuja-puji itu pun berkawan dengan pemuja bapak sekular Turki juga.

Lihat gambar Mustafa Kamal Artartuk di pejabat Erdogan. Inilah yang orang PAS buat kawan
Anwar dan Endorgan juga berkongsi matlamat sama untuk melindungi keselamatan Israel.  Turki dan Israel telah lama bekerjasama dalam bidang pertahanan dimana firma Israel membantu Turki mengoperasikan pesawat UAV jenis Heron dalam kempen menentang pengganas Kurdis.

Crews from Israel Aerospace Industries, operating unmanned aerial vehicles, are participating in Turkish military operations against PKK militants in northern Iraq, according to Turkish reports to be published today in the Turkish Daily News.
Ten days ago, the Turkish television station Star reported that IAI Heron UAVs are being  used in the offensive against the Kurds

Sebetulnya bukan itu sahaja pendekatan kempen Erdogan yang ditiru.  Kalau Erdogan guna poster gergasi di bangunan tinggi sehingga boleh dilihat dari laut, Anwar juga akan tiru pendekatan yang hampir sama, cuma mungkin tidak boleh dilihat dari laut.
Beberapa lokasi telah dikenal pasti untuk dipasang dengan poster gergasi Anwar dari atas ke bawah bila masanya sampai, antaranya bangunan MPPJ dan bangunan SUK Shah Alam.

Bagi menjayakan kempen itu, Turki juga telah bersetuju untuk menyalurkan sejumlah wang bagi membantu dana kempen Anwar.

Masalahnya sekarang dengan PAS.  PAS tidak setuju dengan penggunaan gambar Anwar sahaja, gambar Hadi dan Nik Aziz nak diletak dimana?  Tapi Anwar sendiri tidak ada pilihan sebab Turki sudah letak syarat itu – gambar Anwar sahaja, bukan gambar orang lain atau dana tidak masuk.

Inilah dilemanya, maka itu pendekatan diubah dengan Khalid digunakan, kononnya sewa bas dan guna duitnya sendiri.  Jadi PAS hilang alasan nak masuk campur kerana Khalid adalah ahli PKR dan ahli PKR wajib berbuat apa sahaja untuk kesenangan Anwar.

Macam PAS mahu ahli-ahli bawahannya berbuat apa sahaja untuk kepentingan Nik Aziz dan Hadi Awang.

(Blog Gelagat Anwar telah mendedahkan strategi Anwar ini lebih awal, penulis pula mengaitkan dengan pelancaran bas mewah tersebut oleh Khalid Ibrahim baru-baru ini, pendek kata, ini bukan kebetulan tapi benar-benar kejadian).

No comments:

Post a Comment

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!