Puan Masnizam Hisham melawat Puan Afiqah dan Suaminya |
“Keadaan sememangnya panas dan sesak. Dan, kami saling memberi semangat sesama kami sementara menunggu bantuan sampai. Saya bersyukur suami saya berada di sisi saya ketika itu,” kata Afiqah, yang mengandung lima bulan.
“Alhamdulillah, segalanya selamat … doktor mengesahkan kandungan saya selamat,” tambah Afiqah ketika dikunjungi hari ini oleh delegasi KL Monorel di rumahnya di Kuala Selangor bersama-sama dengan suaminya.
“Rancangan kami membeli belah pada hari Sabtu lepas terbantut kerana insiden itu. Tetapi, semua urusan membeli-belah itu telah kami selesaikan semalam,” kata guru berusia 25 tahun itu, yang ditemui hari ini selepas pulang daripada mengajar SRJK (Tamil) Ladang Kampung Baru, Kuala Selangor.
Dalam insiden yang berlaku Sabtu lepas berdekatan dengan Stesen Monorel Tun Sambanthan, Afiqah dan suaminya serta 181 penumpang lain terkandas dalam tren monorel yang berhenti tiba-tiba selepas kehilangan kuasa. Mereka kemudiannya dibawa turun dalam satu misi menyelamat oleh pasukan Bomba dan Penyelamat.
Afiqah dan dua mangsa lain termasuk Cik Rosita Aggraeni Lufti yang pengsan dalam insiden berkenaan, dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima lawatan.
Puan Masnizam Hisham melawat Rosita |
Malam tadi, Masnizam dan anak-anak buahnya juga berkunjung ke rumah Rosita di Bukit Jelutong, Shah Alam untuk melawat beliau.
Berwajah ceria, Rosita, seorang pengguna tegar pengangkutan awam di Lembah Klang, berkata bahawa tidak banyak yang dapat beliau ceritakan tentang insiden berkenaan.
“Saya dalam perjalanan ke Bukit Bintang untuk hantar baju yang syarikat saya sewa … tiba-tiba tren berhenti, sejurus selepas itu lampu padam dan ‘air-con’ mati … keadaan panas dalam tren dan orang pula ramai.
“Saya mengalami kesesakan nafas dan saya pengsan … sedar-sedar saya sudah berada di hospital,” Rozita, yang terus menerima intravena air sebelum dibenarkan pulang beberapa jam kemudian.
Sementara itu, Masnizam juga memberitahu bahawa KL Monorel telah menubuhkan satu jawankuasa siasatan bebas dalaman untuk menyiasat dengan lebih lanjut tentang kejadian berkenaan.
Menurut beliau, untuk tujuan itu, tren yang terbabit kini dikuarantin dan siasatan itu dijangka selesai awal bulan depan.
“Hasil siasatan ini akan kemudiannya dikemukakan kepada SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat),” tambah Masnizam.
No comments:
Post a Comment
Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!