Tuesday, August 14, 2012

PANASS!! Penyelewengan Pusat Tahfiz Dan Memperdagangkan Orang Tua!!



Sebelum ni taktik mengutip derma untuk sebuah sekolah tahfiz di Yan Kedah membabitkan pelajarnya sendiri..Kali ini mereka menukar modus operandi dengan memperdayakan golongan emas untuk mendapatkan wang..

MTK dah banyak kali dengar tentang ini. Malah MTK sendiri pernah didatangi pelajar pelajar yang menjalankan aktiviti mereka di stesen stesen minyak di Kuala Lumpur..Malah, ada yang sampai ke Johor.Bila lihat pada barangan yang mereka bawa semuanya tertulis pusat tahfiz yang sama di Yan Kedah..

Dari cerita sebenar yang MTK dapat, pusat tahfiz ni sepatutnya berdaftar dengan pejabat agama supaya dapat disalurkan bantuan kepada mereka.Tetapi pihak pengurusan tidak berbuat demikian kerana wang yang diperuntukkan tak sebanyak yang mereka perolehi dari aktiviti ini..Mereka lebih suka memperdagangkan pelajar pelajar mereka untuk kepentingan sendiri..

Beberapa tahun lalu 5 pelajar terbunuh apabila kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan semasa dalam perjalanan pulang ke Kedah selepas menjalankan aktiviti mengutip derma di Lembah Klang..Lebih menyedihkan mereka yang terbunuh berusia diantara 12 hingga 15 tahun..

Pernah dulu satu ketika ada satu sekolah pondok yang daif dan serba kekurangan di daerah Baling menjalankan aktiviti yang sama..Guru dan pelajar dipaksa mengutip derma di seluruh pelusuk negeri kononnya mahu menaik taraf sekolah pondok berkenaan..

Jumlah yang berjaya dikutip menjangkau ratusan ribu ringgit tetapi pemilik sekolah pondok berkenaan tidak menaiktaraf sekolah sebaliknya membeli kereta mewah untuk kegunaan beliau..

Pekara ini diceritakan sendiri oleh salah seorang guru di sekolah berkenaan kepada MTK beberapa tahun lalu..Wajar jika pemilik pusat pusat sebegini diambil tindakkan tegas terhadap mereka..Ini pun salah satu dalam akta pemerdagangan manusia..

Kehadiran warga emas mengutip derma dengan dakwaan bagi membantu kebajikan pelajar di sebuah pusat tahfiz di Yan, Kedah mendapat perhatian daripada anggota masyarakat yang gemar menghulur derma, di sini.

Bagaimanapun, kelibat warga emas itu hanya dapat dilihat sekali-sekala seperti bermusim di tempat awam seperti stesen minyak, sekitar bandar serta kawasan perumahan penduduk di daerah ini.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, jika dahulu kanak-kanak menjadi peminta derma, namun kini si tua pula ‘bertugas’ dan kelihatan di sekitar bandar dan kawasan yang selalu menjadi persinggahan.

Seorang guru, Suriani Ibrahim berkata, kehadiran warga emas mengutip derma itu hanya tertumpu di lokasi tertentu sahaja terutama di kawasan bandar.

Menurutnya, keadaan tersebut mungkin disebabkan faktor penduduk yang lebih ramai serta kesibukan kota menyebabkan kehadiran mereka tidak disedari menyebabkan orang ramai menghulurkan derma tanpa banyak soal.

“Selalunya mereka membawa kalendar, minyak urut serta buku keagamaan untuk dijual dan wang yang diterima disifatkan sebagai kebajikan seperti yang tertera pada sekeping surat yang sering dibawa mereka.

“Apabila disoal, mereka mendakwa melakukan tugas itu secara sukarela bagi mengumpul dana sekolah namun alasan itu tidak masuk akal ekoran keadaan dan kemampuan diri mereka yang sudah tua dan tidak seharusnya dijadikan bahan eksploitasi,” katanya.

Seorang pekerja swasta, Mohd Farish Daud, 34, berkata, terbit rasa simpati apabila melihat kelibat warga emas berkeliaran meraih simpati orang ramai yang mana ada di antaraya tidak mempedulikan kehadiran mereka.

“Ada dalam kalangan mereka menjual buku, kalendar atau minyak urut dengan harga RM10 atau meminta orang ramai menderma mengikut kemampuan kerana enggan pulang dengan tangan kosong.

“Ada juga dalam kalangan mereka datang dari jauh seperti Kedah dan Kelantan semata-mata untuk mengutip derma sekaligus ‘menjual’ nama pusat tahfiz berkaitan,” katanya yang bersimpati dengan warga emas terbabit.
 Medan Tempur Kedah

No comments:

Post a Comment

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!