Saturday, August 4, 2012

Panas !!! Les' Copaque syarikat penerbitan animasi Upin & Ipin di bayangi PAS ???


Dah terdesak sangat ka puak PAS ni sehinggakan watak kartun animasi Upin & Ipin pun di gunakan sebagai daya penarik untuk meraih minat orang ramai untuk membaca kain rentang yang di buat PAS?

Sebagai watak hak cipta terpelihara satu syarikat penerbitan kartun animasi, apakah Les' Copaque memberi hak istimewa kepada PAS untuk mencetak watak animasi mereka?

Watak animasi Upin & Ipin merupakan watak kartun yang boleh di katakan watak ikon kanak-kanak di seluruh Malaysia dan merupakan produk yang menjulang nama Malaysia di dalam penerbitan kartun animasi di mata dunia.

Pisau Kedah berharap syarikat penerbitan kartun animasi Upin & Ipin (Les' Copaque) tampil memberi penjelasan, apakah PAS mempunyai hak untuk mencetak watak animasi ciptaan syarikat terbabit yang telah di daftarkan dibawah perlindungan Harta Intelek.

Harta Intelek merujuk kepada ciptaan interlektul, terutamanya rekaan teknologi, karya-karya seni dan kesusasteraan. Setiap hasil rekaan dan karya di bawah perlindungan hak cipta , hanya boleh di gunakan dengan kebenaran pencipta, pengarang dan pemilik hak cipta.

No comments:

Post a Comment

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!