Panas !!! Lebih Dari 100,000 Menghadiri Sambutan Aidilfitri 1 Malaysia Peringkat Negeri Kedah
Alor Setar 30/08 - Lebih dari 100,000 orang telah menghadiri majlis sambutan Aidilfitri 1 Malaysia peringkat Negeri Kedah yang di anjur oleh Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah bersama kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan bertempat di perkarangan Stadium Darulaman Alor Setar. Rakyat Kedah juga bertuah kerana dengan kesudian YAB Perdana Menteri Malaysia dan Isteri turut sama memeriahkan majlis tersebut. Pelbagai aneka juadah di sediakan di setiap khemah yang menempatkan kesemua kawasan parlimen, selain itu terdapat juga khemah dari parti komponen menyediakan juadah masakan bagi menunjukan keharmonian sambutan hari raya oleh pelbagai kaum di Malaysia.
Ucapan Dato Bashah kata 50 ribu sahaja.Mana mai lagi 50 ribu.Kalau nak tembak pun bagi laaa betoi.
ReplyDeleteAku tengok pemimpin umno diKedah tak serious.Kedah nak terbalik pun nak tunjuk kata boleh nyanyi depan PM.
Sudah lah .Kalau dah tua buatlah cara tua.Nak nyanyi pun carilah tempat lain.Malu pada anak cucu.
Kena ingat pengundi di Kedah hampir 1 juta.Kena lah pulun.
Ada juga yg buat kalut dan sebok nak tambah even depan meja PM.
Inilah cara UMNO dari dulu belum berubah.
Orang ramai pun pening.