SEPANG: Ahli Parlimen Bachok, Nashrudin Mat Isa sekali lagi menegaskan beliau tidak berhasrat meninggalkan PAS atau masuk UMNO.
Katanya, perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Makkah adalah atas jemputan beberapa rakan ulama di negara ini bagi membincangkan isu Syria dan Rohingya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas tiba dari Makkah, sebentar tadi. - BH -
No comments:
Post a Comment
Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!