SEPANG – Seorang gadis berusia 22 tahun yang melarikan diri mengikut kekasihnya ke Lombok Tengah, Indonesia pada Jun lalu berjaya dibawa pulang ke tanah air malam semalam oleh Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dan disatukan dengan keluarganya.
Ketibaan Nur Shahira Samsuri yang berasal dari Jitra, Kedah pada jam 11.15 malam disambut Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan anggota keluarganya di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT). KP1M turut membawa pulang seorang warga Lombok Barat Madon Saban, 31, untuk disatukan dengan isterinya, Suriani Abdul Wahab, 21.Turut serta anak pasangan itu yang berumur empat tahun, Ismadani.
Suriani Abd Wahab, 21, yang mengikut Madon ke kampungnya, dibawa pulang KP1M untuk disatukan dengan keluarganya di Baling Kedah, pada 29 Mei lalu.
Ketika ditemui pemberita, Nur Shahira yang bakal mengikuti pengajian Sarjana Kejuruteraan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor sesi 2012/2013 pada awal September nanti berkata dia amat menyesal dengan apa yang dilakukannya. – BERNAMA
Pisau kedah :-
Tok Azeez dengan Skuad Kelab Putra 1 Malaysia dah jadi macam satu badan penyelamat anak gadis yang di larikan la pulak.
Asal anak gadis di larikan ke Lombok , muka Tok Azeez lah yang di cari. Kalau siapa tak boleh pikiaq lagi dengan apa yang di buat Tok Azeez ni tak tau la nak kata apa.
Kerja tu Tok Azeez memang pakar.Tapi calon Baling kena anak watan juga.Biar suara anak Baling sendiri.
ReplyDelete