Sunday, August 12, 2012

Al Fatihah .. Bapa Fauziah Gous Kembali Ke Rahmatullah



PETALING JAYA 12 Ogos - Fauziah Gous telah menerima kejutan menyedihkan di bulan Ramadhan setelah disahkan pemergian bapa beliau jam 10 pagi semalam.

Beberapa rakan Pelakon Muda terkenal itu telah memaklumkan bahawa Fouziah terus bergegas ke hospital setelah menerima berita buruk tersebut.

Fouziah turut mengesahkan berita tersebut menerusi laman sosial Twitter milik beliau tengahari semalam.

Beberapa wartawan turut cuba menghubungi beliau akan tetapi gagal.

Bapa Fouziah didakwa meninggal dunia akibat menghidap beberapa penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi akan tetapi keadaannya seperti biasa beberapa jam sebelum Fouziah keluar untuk ke lokasi penggambaran. 

3 comments:

  1. ".....setelah menerima berita buruk tersebut...."?? berita buruk?? .. berita kematian adalah berita buruk??? masyaAllah ... kembali ke rahmatullah dianggap sesuatu yang buruk???

    ReplyDelete
  2. bro.. lu kena faham berita di timpa musibah dalam keluarga. lu kalau terima berita buruk lu kena beristifar. jangan jahil memahami maksud yang di sampaikan. dalam penulisan tersebut tak ada tertulis mati itu buruk. dalam penulisan berkenaan cuma ada tertulis berita buruk kerana kehilangan orang yang tersayang.

    Mengapa kita di galakan menziarahi keluarga yang di timpa musibah seperi menziarahi orang sakit, kematian.

    Orang tak akan menyuruh keluarga si mati supaya bersyukur bila di beritahu musibah seperti kematian.

    Selalunya orang akan buat doa tahlil untuk sedekah kepada si mati. Belum pernah ada lagi orang membuat doa kesyukuran untuk si mati.

    Wajib atas keluarga si mati sabar dan redha. Ini kerana kematian orang yang disayangi merupa satu musibah yang termasuk di dalam ujian Allah kepada hamba-hambaNya. Firman Allah di dalam Surah Al-Anbiya’ ayat 35:

    كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

    Maksudnya: Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Dan Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan, dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.

    Juga lihat Surah Al-Baqarah ayat 155 di atas.

    Keenam: Diharamkan atas keluarga si mati meratap (menangis dengan suara yang kuat/meraung, mengoyak baju, menampar pipi, memukul badan, menarik rambut). Tegahan ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW di dalam hadith riwayat Ahmad, Muslim, Al-Baihaqi:

    اثْنَتَانِ فِي النَّاسِ هُمَا بِهِمْ كُفْرٌ: الطَّعْنُ فِي النَّسَبِ وَالنِّيَاحَةُ عَلَى الْمَيِّتِ

    Maksudnya: Dua perkara pada manusia yang kedua-duanya adalah dari perbuatan orang kafir: mencela keturunan (seseorang) dan meratap atas mayat.

    Sudah terang dalam ayat Al-Quran menyatakan di kematian merupakan musibah untuk menguji tahap kesabaran hamba-hambanya.

    lain kali nak komen belajar dulu ilmu banyak-banyak sikit. Jangan ikut suka komen. Apa yang di maksudkan penulis ini adalah menerima berita buruk / musibah dan bukannya mengatakan kematian itu buruk.

    ReplyDelete
  3. Aku tak faham la dengan mamat pengkomen di atas sekali tu tak dapat membezakan berita buruk dengan berita yang mengembirakan.

    kita tidak di ajar bersyukur apabila menerima cerita di timpa musibah. Kita di ajar supaya "Istijar" bila terima berita musibah.

    ReplyDelete

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!