Friday, August 31, 2012

Info Menarik !!! Rahsia Besar Batu Hajarul Aswad



 Hajar Aswad adalah batu hitam yang terletak di sudut sebelah Tenggara Kaabah, iaitu sudut dari mana Tawaf dimulai merupakan jenis batu ‘Ruby’ yang diturunkan Allah dari syurga melalui malaikat Jibril. Terdiri dari lapan keping yang terkumpul dan diikat dengan lingkaran perak.

Batu hitam itu sudah licin kerana terus menerus di kecup, dicium dan diusap-usap oleh jutaan malah billion manusia sejak Nabi Ibrahim a.s, iaitu jamaah yang datang ke Baitullah, baik untuk haji mahu pun untuk tujuan Umrah.

 Asal Usul
Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Ka’bah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Ka’bah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk.

Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail mahu membinanya dengan meninggikan bangunannya dan mengangkut batu dari berbagai gunung. setelah bangunan Kaabah itu hampir selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasa kekurangan seketul batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.

Nabi Ibrahim berkata pada Nabi Ismail, “Pergilah engkau mencari seketul batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia.”

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik.
Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, 

“Dari mana kamu dapat batu ini?”

Nabi Ismail berkata, “Batu ini kuterima dari yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril).”

Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa saja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium .


 Rahsia Besar Yang Tidak Pernah Kita Bayangkan Sebelumnya
1. Satu riwayat Sahih dinyatakan: “ dan Makam Ibrahim berasal dari batu-batu ruby syurga yang kalaulah tidak kerana sentuhan dosa-dosa manusia akan dapat menyinari antara timur dan barat. Setiap orang sakit yang memegangnya akan sembuh dari sakitnya”

Duhulunya batu itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Ka’bah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a’alam.

2. “‘Barangsiapa menunaikan ibadah haji, dan ia tak berbuat rafats dan fasik, maka ia kembali (suci dan bersih) seperti anak manusia yang baru lahir dari perut ibunya.” (Muttafaqun alaihi).

3. Mencium hajar aswad pada masa menunaikan Haji Di Baitullah tidak dapat diwakilkan, Ia menjadi penyedut dosa tanpa kita sedari, alangkah beruntungnya orangyang boleh menyentuh, mengusap dan memegangnya.


Hadis Siti Aisyah RA mengatakan bahawa Rasul SAW bersabda


 “Nikmatilah (peganglah) ini sebelum diangkat (dari bumi). Ia berasal dari syurga dan setiap sesuatu yang keluar dari syurga akan kembali ke syurga sebelum kiamat”.

Akhir kata, Kita semua tahu jika hanyalah batu yang tidak memberikan mudarat atau manfaat, begitu juga dengan Kaabah, ia hanyalah bangunan yang terbuat dari batu.

Akan tetapi apa yang kita lakukan dalam proses ibadah haji tersebut lebih baik kita niatkan sekadar mengikuti ajaran dan sunnah Nabi SAW.

Umar bin Khatab pun juga pernah mengatakan “Aku tahu bahawa kau hanyalah batu, kalaulah bukan kerana aku melihat kekasihku Nabi SAW menciummu dan menyentuhmu, maka aku tidak akan menyentuhmu atau menciummu”
Jadi apa yang dikerjakan berjuta juta umat islam bukanlah menyembah Batu seperti yang banyak dituduhkan kaum yang kerdil sekali akalnya.

Kerana ada rahsia besar dibalik setiap perilaku Nabi Muhammad saw dan sebab tentu saja apa yang dilakukan oleh beliau pastilah berasal dari Allah, sebagaimana yang terdapat dalam firmanNya :

“Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan”

(QS. An-Najm : 53)

Panas !!! Negeri Serambi Mekah Ada Kelab Siswi Tak Ada Dara.






KOTA BHARU: Mereka menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT), malangnya akhlak masing-masing amat rendah apabila aktif mengamalkan seks bebas, malah bergabung mewujudkan seolah-olah satu kelab bagi merancang kegiatan.

Tanpa mempedulikan dosa dan masa depan, kumpulan siswi berusia 19 hingga 21 tahun itu tidak mahu melihat ada ahli kumpulan mereka yang masih dara.

Malah, sesiapa yang masih dara dipecat ‘keahliannya’ atau tidak layak menyertai kelab itu dan dianggap sebagai kolot atau kekampungan.

Akibatnya, seorang daripada siswi yang pernah menjadi ahli ‘kelab tiada dara’ itu kini menanggung derita kerana disahkan doktor dijangkiti virus HIV berikutan terbabit kegiatan seks bebas.-SH

Panas !!! Senario Sebenar Sekiranya PAS Dan DAP Kuasai Parlimen




Penulis tertarik dengan tulisan Timbalan Editor akhbar Sinchew Daily yang bertarikh 28 Ogos 2012 mengenai senario PAS menguasai Parlimen dan memperkenalkan undang-undang Jenayah Islam (hudud).   

Dalam artikel tersebut, beliau membayangkan seperti berikut:  

Pada satu hari di bulan September 2014 (setelah PR memerintah), Hadi Awang akan usulkan hudud di dalam Parlimen.  Maka, PAS pastinya menyokong, DAP membantah dan PKR berpecah dua.  BN pula, UMNO akan menyokong dan menyebabkan MCA, Gerakan dan MIC keluar.

Lalu, di dalam undi Dewan Rakyat kemudiannya, PAS dan UMNO akan mendapat majoriti dua pertiga lalu  Malaysia pun menjadi Negara Islam acuan PAS.

Apa yang dibayangkan beliau bukan mustahil.  Tetapi,  tiada jaminan yang ia akan terjadi sepertimana yang beliau bayangkan.  Ada kemungkinan ia terjadi begini:  

Setelah PR memerintah, Anwar pun ditabalkan sebagai Perdana Menteri dan masing-masing Hadi Awang dan Lim Kit Siang menjadi Timbalan Perdana Menteri 1 dan 2.  

Pada suatu hari, Hadi Awang, setelah mendapat tekanan dari akar umbi PAS, mengusulkan hudud di dalam Parlimen.  DAP pantas membantah menuduh PAS mengkhianati kerjasama PR.  Anwar bangun menghalang Hadi bercakap kerana ternyata telah melanggar perjanjian PR.   Keadaan kecoh dengan pertikaman lidah di antara ketiga-tiga parti, adegan membaling kerusi dan bertumbuk terjadi sehingga memaksa sidang ditangguhkan.  

Hadi Awang dikenakan tindakan oleh Majlis Disiplin PR dan tekanan diberikan kepada PAS agar memecat Hadi Awang.  Mat Sabu kemudiannya mengambil tempat Hadi Awang dan memastikan yang PAS tidak akan lagi membuat usul mengenai hudud atau apa-apa jua yang bertentangan dengan PR terutamanya kehendak dan perjuangan DAP.   Soal hudud pun tamat setakat itu.  

Dengan semua kepimpinan atasan PAS telah dikuasai oleh golongan pro-Anwar dan talibarut DAP, maka usul mengenai penghapusan hak keistimewaan bumiputera pun dilakukan oleh DAP.  Begitu juga dengan Dasar Kesamarataan Total.  DAP, PKR dan PAS menyokong dan begitu juga MCA, Gerakan dan MIC.  Tinggallah UMNO keseorangan membantahnya.  Ketiga-tiga komponen BN tersebut akhirnya mengambil keputusan keluar dari BN dan BN pun berkubur.    

Di masa yang sama, Majlis Peguam dan badan-badan NGO yang bertemakan ‘hak asasi manusia’ akan mengemukakan tuntutan agar kerajaan mengiktiraf hak LGBT.   Anwar akhirnya akan mengumumkan ‘keterpaksaan’ menerima tuntutan mereka bagi meningkatkan kedudukan Malaysia dari segi ‘hak asasi manusia’ dan meletakkan negara seiring dengan negara-negara maju.  

Media asing pun memuji-muji dan menyanjung Malaysia.  

Dan secara tiba-tiba isu-isu berkenaan pihak istana yang mampu memberi gambaran buruk terhadap institusi Raja mula mengambil tempat di semua bentuk media di Malaysia.  Ini dilakukan secara berterusan dalam jangkamasa yang lama iaitu bertahun-tahun sehingga imej institusi tersebut menjadi buruk-seburuk-buruknya. Akhirnya, satu usul tergempar dikemukakan iaitu menghapuskan Institusi Raja-raja.    

Pada ketika ini, desas-desus pemberontakan mula kedengaran dan mungkin sudah pun tercetus secara kecil-kecilan.  Dalam sekelip mata, Malaysia bukan lagi sebuah negara yang stabil yang mampu menarik pelaburan dan pelancongan.  

Tanpa pengalaman, PR gagal menjana ekonomi sedangkan mereka terperangkap untuk menunaikan segala janji bulan bintang yang terpahat di dalam Buku Jingga.   Hutang negara pun bertambah secara drastik.  

Menyedari ramai rakyat mula resah dan tidak puas hati, PR perlu memastikan mereka kekal berkuasa.  Maka dengan kuasa yang ada, keputusan pilihanraya pun dimanipulasi dan sempadan pilihanraya dirombak bagi memastikan kedudukan mereka selamat.  Pengkritik mereka akan disenyapkan dengan berbagai cara sepertimana yang mereka lakukan hari ini iaitu memecat, jika pengkritik tersebut adalah orang dalam, menghitamkan media yang melaporkan salahlaku mereka dan tidak hairan juga jika ada saja yang ‘terjun bangunan’ jika berpotensi membuka pekung mereka.  

Media asing yang selama ini menyokong PR mula mengkritik Malaysia.   Kerajaan PR mula hilang kawalan dan media asing mula menggambarkan Anwar sebagai diktator yang boros dan tidak berwibawa dan tidak mampu mentadbir.    

Rakyat yang semakin marah mula memberontak secara besar-besaran.   Kaum Melayu yang semakin terpinggir akibat dasar kesamarataan total tidak lagi dapat menahan sabar.  Mereka juga nekad membela Raja-raja yang terbuang.  Ekonomi Malaysia ranap sepenuhnya.  

Akhirnya, pihak asing pun tampil memberi ‘bantuan’ sekali gus, segala sumber dan hasil negara entah bagaimana, tiba-tiba menjadi milik mereka.  

Hanya beberapa penggal PR memerintah, Malaysia kembali menjadi negara dunia ketiga.  

Jika kaum Cina bimbang dengan penguasaan PAS, kaum Melayu pula bimbang dengan penguasaan DAP.  Justeru, kenapa perlu diambil risiko memberi undi kepada mana-mana dari kedua parti ini?  

Di bawah BN, kaum Cina telah pun berjaya menguasai 80% kek ekonomi Malaysia.   Di bawah BN juga, Islam kekal di kedudukan tertinggi dan umat Islam berpeluang mengerjakan ibadah tanpa batasan.  

Pendek kata, jika wang yang dikhuatiri oleh kaum Cina, maka BN memberi mereka peluang mengejarnya dan jika akhirat yang dikejar kaum Melayu maka BN tidak pernah menghalang mereka merebutnya.  

Hidup kita ternyata aman, damai, sejahtera dan makmur di bawah pemerintahan BN.  Justeru, tepuk dada, tanya selera, apakah yang lebih penting dari keselamatan dan kesejahteraan keluarga dan generasi akan datang?   Kenapa kita harus mengambil risiko mengundi ‘malaikat yang kita tidak kenal?’

Panas !!! Karpal Gagal Dalam Sapina Tun Dr Mahathir

Karpal Singh

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan peguam Karpal Singh agar sepina dikeluarkan terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad, bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung permohonannya untuk mengetepikan satu pertuduhan menghasut.

Bagaimanapun, Hakim Datuk Azman Abdullah membenarkan sepina terhadap Ketua Bahagian Rayuan dan Perbicaraan Jabatan Peguam Negara Datuk Kamaluddin Md Said, yang dikeluarkan peguam itu pada 15 Mei.

Azman juga menolak notis usul Karpal supaya pertuduhan menghasut yang dikenakan terhadapnya digugurkan atas alasan Pejabat Peguam Negara bersikap berat sebelah dalam melaksanakan 'budi bicara untuk membuat pendakwaan' ketika mengenakan pertuduhan terhadapnya.

Berikutan keputusan mahkamah itu, Karpal perlu berada di kandang saksi pada 2 November untuk menghadapi tuduhan mengeluarkan kata-kata berbaur hasutan berkaitan Sultan Perak di pejabat guamannya di Jalan Pudu Lama, Kuala Lumpur, antara pukul 12 dan 12.30 tengah hari pada 6 Februari 2009.

Karpal, 71, dituduh mengeluarkan kata-kata bahawa tindakan Sultan Perak menyingkirkan Mohamad Nizar sebagai Menteri Besar Perak dan melantik Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ke jawatan itu boleh dipersoalkan di mahkamah undang-undang.

Pada 11 Jun 2010, Karpal dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi pada akhir kes pihak pendakwa, tetapi diperintah membela diri berikutan rayuan yang dikemukakan pihak pendakwaan.

Dalam penghakiman bertulisnya, Azman berkata Peguam Negara diberi kuasa mengikut Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan untuk mengenakan tuduhan atau tidak meneruskan sesuatu prosiding jenayah.

Katanya, Peguam Negara diberi kebenaran untuk mengambil kira kepentingan awam apabila membuat keputusan tentang tuduhan yang dikenakan terhadap seseorang tertuduh.

Azman juga berkata, mahkamah itu tidak terikat untuk membuat perbandingan antara kata-kata berbaur fitnah yang didakwa dituturkan Dr Mahathir pada perbahasan parlimen dan perkataan yang digunakan Karpal pada sidang akhbarnya.

Mengenai permohonan sepina itu, Azman berkata, selain Kamaluddin, tiga saksi (Dr Mahathir, Abu Talib dan Abdul Gani) bukan merupakan saksi relevan dan tidak terlibat dengan pertuduhan semasa yang dihadapi tertuduh.

Mengenai keputusan beliau membenarkan sepina terhadap Kamaluddin, Azman berkata: "Mahkamah ini bersetuju dengan hujah pemohon bahawa Kamaluddin adalah seorang saksi releven berdasarkan apa yang beliau maklumkan kepada Mahkamah Rayuan."

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin memberitahu pemberita bahawa Kamaluddin akan memfailkan permohonan untuk mengetepikan sepina yang dikeluarkan mahkamah terhadapnya.

Karpal pula berkata, beliau akan memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu pada Isnin. - Bernama





Video Tun Dr Mahathir Bersedia Berhadapan Dengan karpal Di Mahkamah




Video Eksklusif !!! Awek Cun Bersama Tweet #Merdeka55



Pehh !!! anak siapa la yang cun ni buat promotion jom tweet #Merdeka55 bagi mencipta rekod dunia tweet paling banyak dalam tempoh sejam bermula pada pukul 08:15 malam sehingga 09:15 malam ini





Video Iklan Yang Pedas Untuk Penyokong #JanjiDemokrasi

Video iklan Merdeka ini patut penyokong himpunan Janji Demokrasi dari Pakatan Haram menilainya setelah mahu menghuru-harakan sambutan ulang tahun KEMERDEKAAN dengan aksi liar semalam.


Video Sentuhan Belacan cukup memberi pengertian yang mendalam kepada yang tidak pernah menghargai Kemerdekaan yang telah di kecapi semenjak 55 tahun.

Kemerdekaan yang di kecapi Malaysia bukannya datang bergolek tanpa perlu di usaha. Ianya cukup berharga sehinggakan tidak termampu di ganti dengan wang ringgit.

PANAS !!! Penyokong Himpunan #JanjiDemokrasi Biadap Mahu Tukar Bendera Malaysia

Di dalam kita menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 55, aksi yang di tunjukan golongan muda cukup menyedihkan apabila dengan bangganya mahu menukar bendera Malaysia dengan bendera baru yang ala-ala bendera Singapura dan Indonesia.



Inilah hasilnya apabila sebelum ini seorang pemimpin dari DAP Maoharan Malayalam yang lantang dalam akaun facebooknya menyatakan Pakatan Haram akan menukar bendera Jalur Gemilang yang di gunakan Negara Malaysia dan di banggakan majoriti rakyat Malaysia ke bentuk yang baru.

Golongan remaja tersebut bagaikan tidak mengiktiraf  Malaysia sebagai negara yang Merdeka apabila ingin menukar bendera Jalur Gemilang ke bendera yang di beri gelaran Sang Saka Malaya malahan apa yang di lakukan golongan terbabit langsung tidak menghargai keperitan golongan terdahulu yang berhempas pulas meMERDEKAkan Malaysia.


Panas !!! Lebih Dari 100,000 Menghadiri Sambutan Aidilfitri 1 Malaysia Peringkat Negeri Kedah


Alor Setar 30/08 - Lebih dari 100,000 orang telah menghadiri majlis sambutan Aidilfitri 1 Malaysia peringkat Negeri Kedah yang di anjur oleh Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah bersama kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan bertempat di perkarangan Stadium Darulaman Alor Setar.

Rakyat Kedah juga bertuah kerana dengan kesudian YAB Perdana Menteri Malaysia dan Isteri turut sama memeriahkan majlis tersebut.

Pelbagai aneka juadah di sediakan di setiap khemah yang menempatkan kesemua kawasan parlimen, selain itu terdapat juga khemah dari parti komponen menyediakan juadah masakan bagi menunjukan keharmonian sambutan hari raya oleh pelbagai kaum di Malaysia.

Tu Dia !!! Video Aksi Liar Pengikut Janji Bersih Yang Tidak Akan Terdapat Dalam Himpunan #Merdeka 55

Sambutan Ambang Kemerdekaan di sambut oleh penyokong Pakatan Haram dengan aksi yang liar apabila gambar YAB Perdana Menteri Malaysia dan gambar isterinya di jadikan sasaran untuk di pijak dalam himpunan Janji Bersih.


Apa yang dapat kita lihat dengan aksi yang di tunjukan penyokong Pakatan Haram seolah-olah mereka bagaikan hidup dalam kehidupan manusia tidak bertamadun yang tidak pandai bersyukur kepada nikamat yang di beri.

Di dalam Malaysia mencapai keMERDEKAan yang ke 55 tahun, pelbagai kenikmatan yang Allah S.W.T kurniakan kepada rakyat di Malaysia di bawah pentadbiran kerajaan yang tidak pernah putus memberi kebajikan setelah 55 tahun bebas dari cengkaman penjajah,


Panas !!! Syarikat Samsung Membayar Denda Kepada Syarikat Apple Dengan 30 Tark Syiling 5sen



CALIFORNIA - Ibu pejabat Apple pagi tadi telah menerima lebih 30 trak syiling 5 sen. Pada mulanya, syarikat keselamatan yang menjaga fasiliti itu berkata ia telah dihantarkan ke tempat yang salah, namun Tim Cook yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Apple menerima panggilan dari Ketua Pegawai Eksekutif Samsung menjelaskan bahawa mereka akan membayar USD $1 billion sebagai denda yang diperintahkan mahkamah baru-baru ini dengan cara ini.

Pengerusi Samsung Electronics, Lee Kun-hee berkata "dokumen yang ditandatangani tidak menetapkan kaedah atau cara pembayaran tunggal, jadi Samsung berhak untuk membayar USD $1 billion kepada pencipta iPhone itu dengan cara yang kami fikirkan terbaik."

Tindakan yang kotor tetapi genius dari Samsung itu telah membuatkan eksekutif Apple dalam keadaan runsing apabila mereka terpaksa memohon untuk mengira semua wang itu bagi memastikan duit itu cukup. Kemudian pihak Apple terpaksa mendepositkan jumlah syiling 5 sen itu kepada pihak bank dengan harapan pihak bank akan menerima permohonannya.

Pengerusi Samsung Electronics, Lee Kun-hee berkata lagi, syarikat itu tidak akan takut dengan mereka yang mahu bermain kotor, mereka juga tahu bagaimana untuk melakukannya.

"Anda boleh menggunakan syiling anda untuk membeli minuman di mesin minuman untuk seumur hidup atau mencairkan syiling untuk membuat komputer, itu bukan masalah saya, saya sudah membayar mereka dan mematuhi undang-undang," tambahnya lagi.

Pihak Apple belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai 20 billion syiling 5 sen tersebut.-AsyrafRingo/PjO

Wednesday, August 29, 2012

Panas !!! Pemimpin PAS Kedah Bacul Untuk Berhadapan Dengan Hudud


Sejurus selepas memenangi Negeri Kedah dalam pilihanraya 2008, Bernama (9 Mac 2008) melaporkan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang merancang untuk melaksanakan Hudud di Kedah. Katanya, ia adalah di bawah kuasa kerajaan Negeri Kedah. Namun, tiada susulan dari mana-mana pemimpin PAS berkenaan perlaksanaan hudud di Kedah selepas laporan tersebut. Hanya setelah hampir sepenggal, hudud di Kedah diperkatakan semula melalui laporan kenyataan Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak, di Sinar Harian (5 July 2012) bahawa beliau menyerahkan keputusan perlaksanaan hukum hudud kepada PAS Pusat. Ini berikutan perlantikan Jawatankuasa Pemandu oleh PAS Pusat, bagi memantau pentadbiran PAS Kedah. Sekiranya PAS Kedah ingin melaksanakan hudud, ia bukanlah sesuatu yang sukar kerana hanya terdapat 3 orang exco bukan Islam di dalam pentadbiran PAS kedah, dan hanya seorang dari mereka adalah dari parti DAP yang kuat menentang hudud. Jelas, PAS Kedah seperti juga PAS Pusat, tidak pernah merancang untuk melaksanakan hudud. Sebaliknya, hudud hanyalah impian penyokong-penyokong PAS yang dungu dan mainan politik pemimpin-pemimpin PAS yang licik. Mengikut sejarah, apabila PAS memenangi Terengganu, parti tersebut pernah membentangkan hudud tetapi telah ditolak oleh kerajaan pusat kerana terdapat berbelas-belas enakmen yang bercanggah dengan ajaran Islam. Antaranya, dibolehkan meliwat isteri, orang bukan Islam boleh dilantik sebagai hakim dalam undang-undang hudud dan juga perkara berkaitan qazaf yang melibatkan empat saksi bagi zina iaitu sekiranya salah seorang saksi menarik diri, maka tiga lagi saksi boleh dihukum. Perkara ini didedahkan oleh Dato’ Zulkifli Nordin di dalam Sidang Dewan Rakyat pada tahun 2011. Lebih menarik lagi apabila Dato’ Zulkifli juga menyebut tentang desas-desus yang didengarinya iaitu kesilapan atau percanggahan dengan ajaran Islam di dalam hudud yang dibentang PAS pada ketika itu adalah disengajakan. Ini bertujuan untuk memastikan Tun Dr. Mahathir, pada ketika itu Perdana Menteri agar menolaknya, sekali gus mencipta peluang untuk PAS menuduh beliau dan UMNO sebagai menolak hudud. Jika ini benar, nampaknya PAS bukan sahaja licik, tetapi busuk hati. Nasib baik juga PAS Kedah tidak memilih untuk bertindak licik seperti Terengganu dengan membentangkan enakmen hudud yang lemah dan bercanggah dengan Islam semata-mata untuk memburukkan kerajaan pusat. Sebaliknya, PAS Kedah tidak berminat untuk turut bermain wayang hudud bersama dengan PAS Pusat, dan lebih berminat untuk menambah pusat-pusat hiburan di sekitar bandaraya Alor Setar. - Beruang Biru

Panas !!!! Sumbang Mahram Pemimpin Kanan Sebuah Parti Pakatan Haram Sehingga Lahirkan Bayi Lelaki

Sekadar Gambar Hiasan

JERANTUT: Seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang dan anak lelakinya ditahan bagi membantu polis berhubung satu kes sumbang mahram.
Pemimpin utama sebuah parti baru itu bersama anak lelakinya yang berumur 14tahun ditahan reman pada 22 Ogos lepas bagi membantu siasatan apabila anak perempuannya yang berumur 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki.
Mereka dibebaskan pada Isnin.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut DSP Zakaria Kasim, mangsa, 15, melahirkan seorang bayi lelaki tiga hari lepas di sebuah pusat bersalin di Cheras, Kuala Lumpur.
“Kedua-dua suspek, bapa dan anak itu bagaimanapun dibebaskan semalam atas jaminan pihak polis,” katanya kepada Bernama di sini, Selasa.
Beliau berkata, polis juga mengambil sampel DNA kedua-dua suspek dan keputusannya dijangka diketahui dalam tempoh seminggu.
Suspek yang juga saudara terdekat kepada seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang tanah air, pernah bertanding pada pilihan raya umum ke-12.
Bagaimanapun, suspek yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri di Pahang pada pilihan raya umum lepas itu kalah kepada calon Barisan Nasional. – BERNAMA

Pisau Kedah :-
Inilah Akhlak yang di terapkan Ketua Pakatan Haram kepada pemimpin kanannya. Dah tak kira halal haram semuanya sama. 

Tu Dia !!! Parasit PAS Kedah Akan Pastikan Azizan Razak Tidak Kembali Menjadi Menteri Besar Selepas PRU13




Jawatan MB Kedah boleh dikatakan jawatan yang paling panas, malah lebih panas dari jawatan MB Selangor dan Perdana Menteri sendiri.   Ini berdasarkan jumlah mereka-mereka yang tergila-gilakan jawatan tersebut sama ada dari parti lawan, dan jauh lebih dahsyat ialah dari dalam parti PAS sendiri.  

Parti pembangkang Kedah, iaitu BN dilihat lebih tenang dalam memperkatakan calon MB tetapi, keadaan yang sama tidak berlaku di dalam parti PAS.   Dengan begitu ramai yang merasakan diri mereka layak untuk menjadi MB, kedudukan Azizan semakin hari semakin getir.  

Malah, PAS Pusat juga tidak ketinggalan memberi tekanan kepada Azizan kerana termakan hasutan para parasit yang tidak gemarkan kepimpinan ulama.  

Umum sedia maklum bahawa tentangan paling hebat terhadap Azizan datang dari exconya sendiri yang sebelum ini telah secara terbuka menentangnya dan menuntut beliau meletakkan jawatan.  Bukan sekali, malah banyak kali kedengaran exco ini mencabar atau mengutuk Azizan secara berdepan dan juga di belakang.   

Mungkinkah kepimpinan PAS Pusat sedang menyediakan si-exco ini untuk menggantikan tempat Azizan?  

Alasan yang digunakan oleh musuh-musuh Azizan untuk ‘menjerut’ beliau adalah masalah kesihatan.  Ini kerana, semenjak beberapa bulan kebelakangan ini, Azizan sering keluar masuk hospital atas berbagai masalah antaranya, jantung, diabetes, tekanan darah dan berbagai-bagai lagi.   Azizan juga dikatakan sering keletihan dan tidak berdaya untuk bergerak cergas.  

Masalah kesihatan Azizan sampai ke kemuncak apabila beliau gagal menghadiri Majlis Rumah Terbuka anjurannya sendiri pada 25 Ogos yang lalu.  Majlis yang dihadiri ribuan rakyat Kedah, terpaksa dikendalikan sendirian oleh isteri beliau, To’ Puan Hajjah Faikah yang mana menyebabkan ramai rakyat kecewa dan tertanya-tanya.  

Khabarnya, keadaan Azizan pada hari tersebut dan malam sebelumnya adalah agak mencemaskan.  Sejauh mana berita ini benar, tidak dapat pula dipastikan.  

Namun, rata-rata rakyat Kedah cukup maklum dengan kerakusan pihak yang mengidamkan jawatan Azizan dan sanggup berbuat apa saja untuk menjatuhkan beliau.  Ramai yang menyatakan bahawa tidak boleh diketepikan yang Azizan telah diserang dengan menggunakan ilmu hitam, selain dari ugutan dan ancaman secara langsung terhadap dirinya dan keluarga.  

Umum tahu bahawa pendekatan Azizan yang tegas membela Melayu dan Islam tidak disenangi oleh sekutu PAS, iaitu DAP.  Beberapa kali Azizan terpaksa bertelagah dengan DAP yang mana berakhir dengan Azizan terpaksa akur dengan parti kafir harbi tersebut apabila kepimpinan PAS pusat masuk campur.  

Maka, tidak hairanlah jika DAP juga sanggup menaja pihak-pihak tertentu untuk menentang Azizan.  

Begitu juga dengan seorang pemimpin tertinggi PAS dari Kedah yang masih terawang-awang mencari tempat bertapak.  Beliau juga dikatakan amat berdendam dengan Azizan dan Azizan juga telah beberapa kali secara terbuka mengkritik pemimpin tersebut sebagai tidak layak kerana terlalu ‘loklaq’ (tak senonoh).   Tidak mustahil pemimpin tersebut juga mempunyai dendam kesumat terhadap Azizan dan ingin melihat beliau jatuh.  

Mungkin ramai yang masih tidak tahu bahawa Azizan adalah antara pemimpin PAS yang tidak dapat bersemuka dengan Anwar Ibrahim.  Beliau sebolehnya memastikan yang beliau tidak akan berada dalam satu majlis dengan peliwat tegar tersebut kerana tidak setuju dan tidak mempercayai ‘kesucian’ Anwar.  Beliau hanya akan duduk bersama dengan Anwar, jika majlis tersebut dihadiri oleh kepimpinan PAS Pusat sekadar untuk menghormati kepimpinan PAS Pusat.  

Kesemua faktor ini, ditambah dengan ketamakan dan kerakusan individu-individu tertentu meletakkan kedudukan Azizan dalam bahaya.  Azizan dikelilingi manusia rakus dan gila kuasa yang sanggup dibeli dan membeli dan membuat apa saja asalkan dapat menjatuhkan beliau.  

Walaubagaimanapun, Azizan terkenal dengan sikap yang tabah dan memiliki kekuatan serta pengetahuan yang cukup untuk menghadapi serangan musuh-musuhnya dari berbagai arah dan bentuk.   

Namun, apakah Azizan mampu bertahan jika kepimpinan pusat sendiri yang memberi tekanan agar beliau berundur?  

Khabarnya, Azizan tidak akan berundur kerana bagi beliau, beliau telah dilantik oleh rakyat dan hanya rakyat yang boleh ‘menurunkannya’.   Malah, beliau juga telah bersedia dan semakin sihat untuk menghadapi musuh-musuhnya yang selama ini dibiarkan tanpa tentangan balas.  

Nampaknya, beliau agak keberatan untuk membiarkan musuh-musuhnya menang percuma.  

Inilah yang memeningkan kepala parasit-parasit di dalam PAS yang tidak sabar untuk melenyapkan terus sisa-sisa ulama yang ada di dalam kepimpinan parti.  Azizan juga pasti sudah sedia maklum bahawa beliau tidak boleh mengharapkan beberapa kerat ‘Ulama’ yang tinggal di dalam PAS untuk membelanya kerana kesemua mereka nampaknya sama ada sudah buntu, bingung atau mula termakan ‘nasihat’ parasit-parasit tersebut.  

Azizan kini bersendirian namun nekad untuk menjadi benteng terakhir kepimpinan ulama di dalam PAS.- Beruang Biru

Tu Dia !!! PRU13 Bakal Melihatkan Kejutan Di Parlimen Alor Setar.




ALOR SETAR - Dijangkakan banyak kejutan bakal mewarnai kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Bakar Bata dan Alor Mengkudu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), berbanding Dun Kota Darul Aman dan kerusi Parlimen Alor Setar, yang dikatakan tidak banyak perubahan.

Bukan sahaja daripada pemilihan calon bertanding parti-parti terlibat, malah saingan sengit digembar-gemburkan akan berlaku di Dun Bakar Bata, yang menampilkan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah manakala Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kedah yang juga Exco Kerajaan Negeri, Dr Ismail Salleh di Dun Alor Mengkudu.

Ini kerana masing-masing perlu mengekalkan kemenangan untuk terus kekal ‘berkuasa’ secara bermaruah, jika tewas, bagaimana nasib kedua-duanya selepas keputusan rasmi diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Keputusan PRU12 lalu, menyaksikan BN dan PR, sama gagah dan sama kuat, ekoran BN kekal pada kedudukan selesa memenangi kerusi Parlimen Alor Setar dan Dun Bakar Bata, manakala PR menawan Dun Alor Mengkudu dan Kota Darul Aman.

Namun sebarang kemungkinan boleh berlaku pada PRU13. Tidak mustahil keputusan kelak mengejutkan banyak pihak, ekoran sokongan rakyat kini dilihat tidak lagi sama ketika tahun 2008.

Bagi Parlimen Alor Setar, kemungkinan sudah ramai meramalkan ia kekal milik BN, sekiranya Datuk Chor Chee Heung terus diberi kepercayaan sebagai calon. Ini kerana beliau amat disenangi masyarakat pelbagai kaum di kawasannya, selain mendapat sokongan padu akar umbi.

Bagaimana pun, ada desas desus mengatakan Chee Heung berhasrat mengundur diri ekoran dikatakan tidak sebulu dengan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek. Ini bermakna Chee Heung terpaksa berkorban untuk terus kekal sebagai calon bagi pastikan kerusi itu tetap milik BN.

Tambahan pula, tiada pengganti yang layak menggantikan tempat Chee Heung, yang diyakini calon boleh menang.

PKR pula dijangka terus memberi kepercayaan kepada calon PRU12, Gooi Hsiao Leung bertanding sekali lagi, berikutan prestasi cemerlang pada PRU lalu yang hanya tewas tipis pada Chee Heung. Difahamkan, peguam muda ini antara pemimpin PKR berwibawa dan mendapat sokongan akar umbi.

Pada PRU12, Chee Heung (BN-MCA) menang dengan majoriti 184 undi, (20,741) menewaskan Hsiao Leung (PKR) yang memperoleh 20,557 undi.

Sumber berkata, kali ini dijangkakan berlaku tiga penjuru di Dun Bakar Bata, selain calon BN dan PKR, calon Bebas dikatakan berminat bertanding di situ, namun tidak dapat dipastikan sama ada ianya calon daripada parti Kita atau wakil rakyat Bebas yang juga bekas wakil rakyat PKR.

BN meneruskan tradisi mengekalkan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah yang menang majoriti 358 undi menewaskan, Rohani Bakar (PKR) 7874 undi pada PRU12.

Ura-ura mengatakan kerusi ini menjadi rebutan antara PKR dan Pas, di mana sebelum ini Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Alor Setar, Zulkifli Yahya mencadangkan agar kuota diberikan semula kepada calon Pas sekiranya PR mahu merampas Dun Bakar Bata. Nama Dr Ismail Salleh disebut-sebut untuk bersemuka dengan Ahmad Bashah, buat kali kedua selepas PRU11 (2004), di mana Ahmad Bashah menang (11,091) menewaskan Ismail (5,054).

Bagaimanapun nama calon PKR sebelum ini, Rohani dikatakan tidak disenaraikan semula, sebaliknya dua muka baru, Bendahari PKR Kedah yang juga Timbalan Ketua Cabang I PKR Alor Setar, Che Mat Dzahir Ahmad dan Setiausaha Akhbar kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Eekmal Ahmad antara nama disebut-sebut sebagai calon.

Difahamkan, akar umbi mahukan pemimpin setempat mewakili kawasan itu, berbanding orang luar kerana mahukan wakil rakyat yang sentiasa turun padang mendengar permasalahan rakyat.


Kerusi panas Pas

Bagi Dun Alor Mengkudu, dijangkakan laluan mudah bagi Pas untuk kekalkan kerusi ekoran bakal mengetengahkan calon ‘bersih’ dan berwibawa. Pas kemungkinan besar meletakkan muka baru menggantikan Dr Ismail Salleh untuk bertanding di situ, gara-gara krisis Exco menyebabkan akar umbi menolak kepimpinan Ismail.

Namun tidak pasti sama ada Ismail akan dicalonkan di kawasan lain atau langsung tidak tersenarai sebagai calon. Ia umpama memilih calon paling layak dan boleh menang bagi mengisi kerusi panas ini. 

Ketua Pemuda Pas, Ahmad Yahya dicanang bakal bertanding di Dun Alor Mengkudu untuk memastikan tidak wujud undi protes, sekaligus mengekalkan kemenangan. Sebelum ini, pada 2004, Pas mencalonkan Mohamad Sabu namun tewas pada Fadzil Hanafi.

Lain pula dengan calon BN yang dikatakan akan berlaku perubahan besar, apabila calon sebelum ini, Mazlan Abd Rahman dikatakan tidak dicalonkan semula. Kemungkinan besar tempat itu diisi Ketua Wanita Umno Bahagian Alor Setar, Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah atau Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Guntor Tobeng Mansor Tobeng.

Difahamkan, agak sukar untuk memilih calon paling sesuai di Dun Alor Mengkudu, walaupun ada ura-ura mengatakan akar umbi mahukan anak tempatan bertanding, iaitu bekas Exco Agama, Fadzil Hanafi.

Tidak mustahil jika Fadzil dicalonkan semula, peluang BN menang lebih cerah memandangkan pengundi di situ mahukan pemimpin yang berlatar belakangkan agama dan personaliti menarik. Walaupun pengaruh Pas agak kuat di sini, namun penentu kemenangan juga tertakluk pada siapa calon BN kali ini.

Dun Kota Darul Aman kini lebih sinonim dengan DAP, malah pengaruh parti itu semakin menular di sekitar kawasan ini, termasuk mendapat sokongan orang Melayu. Seperti lazimnya, semua dapat meneka siapakah calon DAP yang diketengahkan.

Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik dijangka dapat mengekalkan kerusi empuknya sekali lagi pada PRU13.

Pada PRU12, Guan Aik menewaskan Datuk Chong Itt Chew, yang juga Pengerusi MCA Kedah dengan majoriti 804 undi. Bagaimana pun pada PRU13, Itt Chew sudah awal-awal lagi mengumumkan pengunduran dirinya sebagai calon, atas faktor usia selain mahu memberi peluang kepada muka baru.

Setakat ini, belum pasti siapa calon layak menggantikan tempat Itt Chew untuk bersemuka dengan Guan Aik, yang pastinya calon itu perlu sehebat penyandangnya untuk merampas semula kerusi itu yang sebelum ini milik MCA.

Sehingga kini, belum ada pemimpin MCA yang benar-benar menonjol untuk diketengahkan, dan besar kemungkinan MCA mempertaruhkan calon muda atau muka baru. Pada era 80-an, Dun Kota Darul Aman merupakan kubu kuat MCA, dan parti itu tidak pernah kalah sehingga tahun 2008.

Namun kini pengaruh MCA dilihat semakin pudar, menyebabkan DAP berjaya mengambil alih sokongan rakyat apabila wakil rakyat DAP diterima baik oleh pengundi, termasuk Melayu.

Sebarang kemungkinan boleh berlaku jika MCA berjaya mengetengahkan calon disukai rakyat dan berpengaruh dalam usaha mengembalikan sokongan pengundi terutama dari kalangan masyarakat Cina.


INFO

Kerusi P9 (Alor Setar)
Gooi Hsiao Leung (PKR): 20,557
Chor Chee Heung (BN): 20,741
Jumlah pemilih: 58,957
Peratusan pengundi: 3.28 peratus
Majoriti: 184

Kerusi N12 (Bakar Bata)
Ahmad Bashah Md Hanipah (BN): 8,232 
Rohani Bakar (PKR): 7,874 
Jumlah pemilih: 22,695
Peratusan pengundi: 72.24 peratus 
Majoriti: 358 


Kerusi N13 (Kota Darul Aman)
Lee Guan Aik (DAP): 5,415
Chong Itt Chew (BN): 4,611 
Jumlah pemilih: 15,087
Peratusan pengundi: 68.64 peratus 
Majoriti: 804

Kerusi N14 (Alor Mengkudu)
Ismail Salleh (Pas): 9,208
Mazlan Abdul Rahman (BN): 6,961 
Jumlah pemilih: 21,175
Peratusan pengundi: 77.73 peratus
Majoriti: 2,247


SINAR


Medan Tempur

Panas !!! Parasit PAS Putih Mata Setelah Dewan Ulama PAS Mempertahankan Ustaz Nasharudin Mat Isa



Nampaknya hari parasit Pas(Anwarinas) mendapat tamparan yang cukup hebat buat kali pertamanya Dewan Ulama tidak mendengar dan mengikut arahan parasit pas agar melucutkan keahlian Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang dilihat memberi kenyataan benar demi Islam.

Hayat politik Nasharudin Mat Isa yang sebelum ini kelam selepas ditekan hebat golongan 'Anwarinas' kini sedikit 'bercahaya' apabila Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menegaskan bekas Timbalan Presiden Pas itu masih relevan.

Ia merupakan sokongan terbuka pertama yang diterima Nasharudin daripada pucuk pimpinan Pas selepas banyak pihak dalam parti itu termasuk Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri mengambil pendirian seolah-olah Ahli Parlimen Bachok tersebut sudah tidak penting.

"Saya sudah cakap dari dulu lagi, Nasharudin masih relevan. Beliau bekas Timbalan Presiden dan meskipun tidak terpilih pada muktamar lalu, Nasharudin masih mampu menyumbang kepada perjuangan Pas," katanya Haron Din.

Berbeza dengan parasit pas seperti Khalid Samad, Salahuddin Ayub, Dr Zulkifli mereka ini tidak peduli tentang Islam matlamat mereka hanya untuk menjatuhkan UMNO dan seterusnya berkuasa di Putrajaya.

Contohnya Khalid samad lebih suka mempertahankan gereja daripada institusi Agama Islam sehinggakan menjadikan JAIS sebagai musuhnya setelah JAIS menyerbu gereja DUMC. - Sg.Rapat

Dengan pendirian Timbalan Musyidul Am dan Dewan Ulama membuatkan Parasit Pas tidur tak lena.

Syabas kerana masih ada orang yang benar-benar memperjuangkan Islam di dalam Pas!! 

Pastikan Anda Mendapat Perkhidmatan LRT Percuma Ke Perhimpunan Kemerdekaan Yang Ke 55 @TwtUpMerdeka #Merdeka55



Bersempena Hari Kemerdekaan ke 55 pada Jumaat ini, RapidKL, pengendali perkhidmatan LRT dan monorel di Lembah Klang, akan melanjutkan operasi untuk dua malam berturut-turut mulai Khamis ini bagi memberi kemudahan kepada wargakota meraikan kemeriahan sambutan hari bersejarah itu.

RapidKL juga akan memberikan perkhidmatan LRT dan monorel percuma kepada para peserta yang bertugas dan orang ramai yang menghadiri acara 'Perhimpunan 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati' yang akan diadakan di Kompleks Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat ini.

"Seperti jutaan rakyat Malaysia lain, kami di RapidKL turut berbangga dengan kejayaan negara meraikan Hari Kemerdekaan yang ke 55 tahun ini. 

Ini adalah sebahagian daripada sumbangan kami kepada negara bagi meraikan hari bersejarah ini," kata jurucakap RapidKL, Puan Masnizam Hisham dalam satu kenyataan hari ini.

Bersempena dengan sambutan Ambang Merdeka pada 30 Ogos ini, perkhidmatan LRT di stesen terpilih dan semua stesen monorel akan dilanjutkan sehingga jam 1.00 pagi keesokan harinya.

Stesen LRT Ampang yang terlibat adalah Bandaraya, Masjid Jamek, Hang Tuah dan Titiwangsa. Sementara Stesen LRT Kelana Jaya adalah KL Sentral, KLCC, Masjid Jamek dan Dang Wangi. 

"Stesen-stesen lain akan tutup mengikut jadual biasa. Bagaimanapun, tren akan berhenti untuk menurunkan penumpang dan mereka ada akses untuk keluar stesen. Kami menjangkakan ramai wargakota akan turun ke Dataran Merdeka untuk sambutan Ambang Merdeka.

"Kami juga difahamkan terdapat banyak acara-acara sambutan lain di sekitar bandaraya termasuk sambutan besar-besaran di KLCC yang menghidangkan persembahan artis-artis hebat dan pertunjukan bunga api sempena Ambang Merdeka.

"Berdasarkan kepada pengalaman, kami menjangkakan jumlah penumpang yang besar. Jadi, nasihat saya kepada para penumpang adalah supaya mereka menggunakan Kad MyRapid supaya mereka tidak perlu beratur di mesin-mesin jualan tiket," kata Masnizam.

Untuk operasi pada 31 Ogos bersempena Perhimpunan 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati, beliau berkata operasi LRT akan dilanjutkan sehingga 1 pagi untuk Stesen Bukit Jalil, manakala stesen-stesen LRT dan monorel lain dibuka untuk para penumpang keluar sahaja. Sehubungan dengan itu juga, masa terakhir perlepasan bas RapidKL di stesen-stesen terlibat adalah jam 1.30 pagi. 

Selain amanat Perdana Menteri, acara berkenaan akan turut menghidangkan persembahan artis remaja tanah air, seni mempertahankan diri, penganugerahan sijil Pencapaian Cemerlang kepada 10 ikon generasi muda, flashmob, cabutan bertuah dan pertunjukan bunga api.

"Kita akan memantau keperluan tren untuk membawa pulang pengunjung dan sekiranya perlu, operasi ini akan dilanjutkan," katanya.

Untuk perkhidmatan percuma ke Bukit Jalil pada hari Jumaat, Masnizam berkata orang ramai boleh mendapatkan token-token khas untuk perjalanan percuma pergi ke Bukit Jalil mulai pukul 4.00 petang yang akan disediakan di semua stesen-stesen LRT dan monorel.

"Token-token ini diprogramkan khas dan hanya membenarkan para penumpang keluar di stesen LRT Bukit Jalil. Mereka yang inginkan token ini perlu mengambil sendiri di kaunter-kaunter tiket di stesen-stesen LRT dan monorel pada hari Jumaat.

"Untuk pulang, mereka perlu mengambil token pulang di Stesen LRT Bukit Jalil. Kita akan mempunyai notis-notis khas untuk membantu penumpang dan para petugas di semua stesen," tambah beliau.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus Hal Ehwal Media Azhar Ghazali di 019-3837865.




Panas !!! Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Bakal Di Pecat Selepas PRU 13




Tentunya tika ini saban malam Datuk Mansor Othman yang merupakan Timbalan Ketua Menteri I (TKMI) Pulau Pinang mengalami masalah kesukaran untuk melelapkan mata gara-gara kontroversi minit mesyuarat yang sedang tersebar sekarang.

Rentetan dari penyiaran transkrip perbualannya dalam pertemuan bersama beberapa orang pemimpin PKR itu, bukan sahaja telah mencetuskan keraguan dikalangan ramai penyokong PR khususnya DAP dan PAS, malah turut mengundang kemarahan ramai pemimpin pembangkang yang lain.

Dalam perbualan yang dideadahkan oleh blog gelagatanwar.wordpress.com itu, antara intipati kenyataan mansor yang disiarkan ialah memperlekehkan kewibawaan Lim yang digelarnya sebagai 'tokong, angkuh dan sombong'.

Selain itu, Mansor juga mengarahkan pemimpin PKR yang lain bersedia dengan nama calon PKR keturunan Cina bagi menghadapi kemungkinan terpaksa berdepan pertandingan tiga penjuru dengan DAP.

Kritikan dan cercaan yang dilemparkan oleh Mansor terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP itu dilihat sebagai satu tindakan yang membelakangkan kepercayaan sesama parti pembangkang sekaligus mendedahkan kepada umum wujudnya keretakan dalam jalinan kerjasama yang baru saja berusia setahun jagung.

Ramai pemimpin DAP seakan tidak dapat mengekang kemarahan mereka telah mendesak pucuk pimpinan tertinggi PR supaya mengambil langkah segera termasuklah menyingkirkan Pengerusi PKR Pulau Pinang itu dari jawatan TKM1 selepas PRU 13 nanti.

Menurut sumber dalaman DAP, tindak tanduk Mansor itu bukan sahaja telah menjejaskan kredibiliti dan kewibawaan Lim yang selama ini cuba dibina imejnya sebagai 'hero orang Cina' malah secara langsung telah mendedahkan PR kepada serangan bertali arus dari media BN.

Tambahan pula dengan skandal peribadi Mansor yang mempunyai hubungan intim dengan seorang Ah Soh yang sudah lama berada dalam pengetahuan ramai pemimpin DAP dan PKR, dikhuatiri bakal menyebabkan imej pakatan pembangkang kian tercalar sekaligus merencatkan peluang PR untuk menguasai kembali Pulau Pinang dalam PRU 13 kelak. 

Kata mereka lagi, Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum PKR sewajarnya segera menyediakan nama lain untuk diumumkan sebagai ganti jawatan TKM1 dan Pengerusi PKR negeri yang sekarang ini sedang disandang oleh Mansor.- Beruang Biru