Friday, July 6, 2012

Video Panas !!! video Uncle Seekers di dakwa ke mahkamah kerana di katakan memfitnah Sultan Johor.

Didakwa fitnah Sultan Johor, Uncle Seekers direman 4 hari

Uncle Seekers merupakan individu yang dahulunya cukup terkenal dengan membuat kajian kehidupan paranormal, namun namanya kian tengelam kini.

Terbaru Uncle Seekers atau nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas, 46,  telah di tahan reman 4 hari oleh pihak  polis kerana di dakwa memfitnah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar melalui laman blognya.

Turut sama di tahan reman bersama Uncle Seekers adalah seorang wanita yang di percayai teman wanitanya, Siti Nadhirah Mohd Zain 26.

Kedua-dua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 selepas ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya di Tol Senawang, Seremban Negeri Sembilan kira-kira jam 9.45 malam tadi.




Pisau Kedah :-

Di harapkan pihak berkuasa akan menyiasat perkara ini sedalam-dalamnya kerana membabitkan maruah Sultan Johor. dan perbicaraan perlu di lakukan dengan segera bagi membersihkan nama baik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar



No comments:

Post a Comment

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!