Tuesday, July 10, 2012

Tu Diaaa...Azizan Razak buat lawak bodoh dengan perkara yang serius.



ALOR SETAR - Gurauan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyebut penggunaan Akta Rahsia Rasmi (OSA) secara spontan ketika diajukan pertanyaan mengenai pendedahan draf dasar perumahan baru Kedah, dianggap serius oleh media dan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN).

Azizan secara berseloroh menyebut tindakan mendedahkan maklumat rasmi Kerajaan Negeri sebelum diumumkan adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan bawah OSA pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Rabu minggu lalu.

Sebelum menjawab pertanyaan media berhubung dasar perumahan baru yang didedahkan oleh Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang, Azizan sekadar berkata, “rujuk draf itu, salah tu bawah OSA,” katanya dalam nada gurauan.

Bagaimanapun beberapa pemimpin BN membidas kenyataan Azizan itu kerana mendakwanya akan mengambil tindakan di bawah OSA terhadap Keng Liang berikutan pendedahannya mengenai dasar baru perumahan negeri.

Ketua Pemuda BN Kedah, Badrol Hisham Hashim berkata, jika hasrat menggunakan OSA diteruskan, Pemuda BN akan mempertahankan perjuangan Keng Liang kerana ia dibuat untuk kepentingan rakyat Kedah.

Keng Liang sebelum ini mendedahkan mengenai syarat baru draf dasar perumahan negeri berhubung kouta rumah mampu milik termasuk rumah kos rendah, dinaikkan kepada 60 peratus, serta sekatan terhadap pemilikan rumah oleh 'orang luar' di daerah Kuala Muda dan Kulim.

Pada sidang media sama, Keng Liang mengakui hanya mengetahui mengenai tindakan OSA itu menerusi laporan akhbar.

Azizan ketika diminta mengulas perkara itu enggan ‘melayan’ tuduhan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya berkata, “mungkin beliau bimbang saya buat betul-betul."..SINAR





Jom kita tengok Video Ketua Pemuda UMNO Kedah balun Azizan Razak


Pisau Kedah :-
Pisau Kedah dulu ingatkan Azizan Razak ni tak qeti nak melawak. Rupanya cerdik juga buat lawak bodoh dalam perkara yang serius.

No comments:

Post a Comment

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!