Tuesday, July 10, 2012

Panas !!! pendedahan kenapa Anwar tidak berani menyaman Ummi Hafilda


Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kasim mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan mengapa beliau masih enggan menyaman Ummi Hafilda Ali dalam isu RM3 billion dalam Akuan Berkanun Datuk Murad.

Katanya, Ummi Hafilda perlu disaman atau pun wang rakyat sebanyak RM3 bilion itu perlu dipulangkan.

"Kita tidak mahu Anwar bersara dengan RM3 bilion tanpa memulangkan wang tersebut kepada rakyat.” Duit sebanyak itu boleh membantu banyak orang miskin dan anak yatim,” katanya.

Dalam pendedahannya pada kira-kira 13 tahun lepas itu, Abdul Murad dilaporkan mendakwa Anwar mengawal sebanyak 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilon.

Tambahnya, Anwar juga perlu menjelaskan siapa yang membiayai perjalanannya yang ‘berpuluh kali’ ke luar negara setiap tahun, termasuk daripada mana ‘puncanya’ pendapatan beliau sebelum ini.

Akhir sekali, kata Ruslan, pihaknya mahu Anwar menjawab siapakah yang menaja kegiatan pertubuhan bukan kerajaan, Suaram.

Dalam perkembangan berkaitan, Ruslan berkata, Anwar tidak perlu banyak mengelak dan berdalih berhubung perakuan bersumpah yang dibuat bekas Penolong Gabenor Bank Negara itu.

"Soalan yang mudah begini harus dijawab dengan telus, tanpa perlu melarikan diri…tuduhan itu ada dan sudah tentu ia bukan sengaja direka atau diada-adakan.” 

Kalau Anwar merasakan ia satu tuduhan yang salah dan menganiaya dirinya, sila saman mereka yang buat tuduhan, pertahankan hujahnya di mahkamah…jangan dolak-dalik lagi,” katanya. - mynewshub.

No comments:

Post a Comment

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!