Anuwar merupakan manusia yang paling suka mengunakan cara konspirasi untuk menjatuhkan pihak lawan. Tidak hairan la di dalam konspirasi yang di mainkan Anuwar, 4 orang Networking Anuwar akan memain peranan dalam tugas masing-masing bagi memastikan cita-cita Anuwar tercapai.
AIDCNews- 23/07/12 – Foto di sebelah (kanan) membuktikan betapa akrabnya empat individu yang menjadi instrumen dan networking berpaksikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Duduk dari kanan ke kiri, Latheefa Koya, Fadiah Nadwa Fikri, manakala berdiri di belakang dari kiri ke kanan, Cynthia Gabriel dan S Ambiga.
Menariknya mereka berempat bergambar di sebelah logo PSM (Parti Sosialis Malaysia) yang merupakan rakan sekongkol PKR (Parti Keadilan Rakyat).
Latheefa Koya, berasal dari parti sosialis, PRM, kemudian menyerap masuk ke dalam PKR, apabila PRM dicantumkan dengan PKN (Parti Keadilan Nasional) pada tahun 2003.
Jawatan parti yang disandang Latheefa sekarang adalah Ketua Biro Guaman PKR yang juga merangkap peguam hak asasi manusia di Majlis Peguam.
“Terdapat perbincangan awam tentang pembaharuan undang-undang untuk kebebasan hak-hak peribadi..pasangan dewasa yang bersetuju melakukan aktiviti seks. Beberapa ahli-ahli parti politik utama pembangkang yang telah menyatakan sokongan terhadap pembaharuan tersebut adalah Latheefa Koya dan Anwar Ibrahim tetapi ia bukan pendirian rasmi rasmi parti,”lapor wikipedia ‘LGBT rights in Malaysia‘
Sebagai peguam pula, Latheefa bekerja di firma guaman Daim & Gamany yang dimiliki oleh Sivarasa Rasiah, Ahli Parlimen PKR Subang.
Sebelum barisan peguam bela kes liwat II diambil alih oleh Karpal Singh and co, Sivarasa Rasiah dan Latheefa merupakan barisan peguam bela Anwar.
Latheefa juga bertanggungjawab membuat pengakuan bersumpah palsu terhadap Mohd Rahimi Osman dan Mohd Rasid Rosidi ketika kedua-dua saksi kes liwat II itu dikurung di Qualiti Hotel, Shah Alam pada 28 Jun 2008.
Sebaik sahaja Mohd Saiful buat laporan polis pada 28 Jun, Anwar telah arahkan Latheefa buat pengakuan bersumpah palsu.
Ketika itu, tiada siapa tahu perkaitan Rahimi dan Rashid dalam kes liwat terbaru membabitkan Anwar itu.
Semenjak PKR menguasai negeri Selangor, Latheefa telah dilantik sebagai ahli Majlis Bandaran Petaling Jaya (MBSJ) sehinggalah ke tarikh peletakan jawatannya pada 16 Julai 2012.
Raja Petra kamaruddin (RPK) mendedahkan dalam rencananya, “RM102,800 in 2009 and RM83,900 in 2010 (Part 2)” bagaimana Latheefa menggunakan kedudukan sebagai ahli majlis MBSJ untuk memperkayakan firma guaman Daim & Gamany, milik bekas Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah.
RPK mendedahkan dokumen-dokumen surat tuntutan dari firma guaman milik Sivarasa yang bernilai puluhan ringgit dari tahun 2009 dan 2010 kepada MBSJ.
Menurut RPK, Sivarasa dilantik sebagai Ahli Lembaga Kumpulan Perangsang Selangor yang menikmati faedah dan yuran pengarah yang dianggarkan puluhan ribu sebulan, selain elaun-elaun tambahan yang lain. Baca Selanjutnya
No comments:
Post a Comment
Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!