Akibat pengambilan saham FGVH 500,000 unit oleh syarikat kerajaan negeri (PKNK) kini blogger pakatan haram Penarik Beca menghantam Azizan Razak, Menteri Besar Kedah dan Pengerusi PKNK .
Artikel Azizan Razak di hantam Penarik Beca
v
Tentu ramai ahli PAS Kedah yang turut memeriahkan Perhimpunan Oren Selamatkan Felda semalam. Tahniah dan mudah-mudahan amalan yang baik mendapat pahala dari Allah s.w.t.
Dan, tentu ramai juga dari mereka yang tak terjumpa berita bertajuk "PKNK sahkan miliki 500,000 saham Felda Global". Kalau tidak, mungkin ada dari mereka yang berhimpun beramai-ramai dalam demonstrasi di hadapan pejabat Menteri Besar Kedah.
Mengapa saya kata demonstrasi di hadapan pejabat Menteri Besar Kedah? Laa, Menteri Besar Kedah juga adalah Pengerusi PKNK (lihat sini).
Saya difahamkan kerajaan Kelantan membuat keputusan supaya negeri itu dan agensi-agensi di bawah negeri itu tidak membeli saham FGV. Dan, kita juga tidak menerima khabar bahawa Selangor dan Pulau Pinang atau agensi-agensi kedua-kedua kerajaan negeri tersebut melakukan apa yang dilakukan oleh PKNK.
Apa-apa pun, jangan risau, sama seperti ketika Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengaku menggunakan undang-undang taghut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dulu - malah dengan berlagaknya mengaku dia anak AUKU - Presiden PAS dijangka akan mengeluarkan kenyataan seperti kenyataan pro AUKU beliau dahulu.
Sama seperti kenyataan pro undang-undang taghut hari tu, mungkin Presiden PAS akan kata:
"Namun Ustaz Azizan tentunya lebih tahu dengan apa yang berlaku, sesuai dengan kedudukannya sebagai Menteri Besar Kedah.
"Jadi tindakan Ustaz Azizan mengenainya tentu lebih tepat dan wajar dijadikan rujukan oleh pihak-pihak lain termasuk kepimpinan PAS Pusat sendiri".
Berita berkaitan:
PKNK sahkan miliki 500,000 saham Felda Global
(Sinar Harian 13/7/12) ALOR SETAR - Pemilikan saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) adalah mengikut prosedur sah dan tiada kaitan politik.
Ketua Eksekutifnya, Datuk Abdul Rahman Ibrahim mengesahkan PKNK memiliki 500,000 unit saham FGVH di bawah peruntukan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) yang ditawarkan kepada Bumiputera.
“PKNK mohon saham FGVH sebanyak 1 juta unit tetapi Miti hanya luluskan 500,000 unit. Kita beli pada harga RM4.55 seunit, di mana jumlahnya mencecah RM2,275,000,” katanya.
Menurutnya, mana-mana syarikat atau individu layak dibenarkan membeli saham itu setelah disenaraikan di Bursa Malaysia dan PKNK berbuat demikian atas prospek perniagaan.
“Bagi saya ia satu keputusan perniagaan yang bijak, di mana PKNK sasarkan akan beroleh keuntungan RM500,000 daripada pembelian saham itu.
"Setakat ini, PKNK sudah jual 50,000 unit saham FGVH di pasaran pada harga RM5.50 seunit dan untung kasar diperoleh adalah RM47,500,” katanya.
Mengenai pihak yang mempertikai pemilikan saham itu atau mengaitkan tindakan itu dengan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) kononnya mahu mengaut keuntungan daripada penyenaraian saham FGVH, walaupun beberapa pemimpin PR lantang membantah penyenaraiannya, Abdul Rahman berkata:
“Ia tiada kaitan politik. Jika ada pihak kaitkan pemilikan saham PKNK ini dengan prinsip pemimpin PR, itu soal politik. PKNK bukan badan politik, kita berorientasikan perniagaan dan mahu kembangkan bisnes untuk bantu lebih ramai usahawan Kedah,” katanya.
Menurutnya, PKNK adalah badan berkanun kerajaan, berperanan sebagai sebuah agensi yang diamanahkan bagi menjaga kepentingan bumiputera dengan dipantau oleh Kementerian Kewangan.
“PKNK ditubuhkan pada 25 Ogos 1965 bawah Enakmen Kerajaan Negeri Kedah, namun di peringkat Pusat, PKNK diletakkan bawah pengawasan Kementerian Kewangan,” katanya.
Abdul Rahman berkata, Lembaga Pengarah PKNK turut diwakili tiga wakil dari Pusat iaitu setiap seorang dari Miti, Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri.
Pisau Kedah :-
Pisau Kedah mengatakan tekanan yang di berikan terhadap Azizan Razak akibat pembelian saham FGVH adalah satu yang tidak wajar kerana Azizan Razak melihat pembelian saham FGVH adalah satu perkara yang menguntungkan syarikat kerajaan negeri.
Tekanan yang di berikan blogger pakatan hanyalah bersifat anti politik pihak lawan. Kerana bagi mereka apa yang di lakukan pihak lawan mereka tak perlu di sokong walau pun ianya mendatangakan kebaikan.
Setelah Himpunan Oren di lakukan untuk menentang penyenaraian FGVH ke bursa saham , apa yang di lakukan Azizan Razak telah mencabar ke egoan mereka yang tak mahu menerima kejayaan penyenaraian saham FGVH yang semakin hari semakin menguntungkan.
Pemandu hamPAS tak beri nasihat 20% pada Ostad Jijan ke??? Ni mesti depa kene jangkit penyakit TAK TAU ostad Jijan....
ReplyDelete