Dalam keadaan terdesak PAS cuba mempergunakan Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Badawi di dalam himpunan OREN. Namun Tun Abdullah telah membuat penafian yang beliau terlibat di dalam Himpunan Oren melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pihak bernama.
Ternyata sikap PAS yang tidak bertanggungjawap telah mengheret Bekas Perdana Menteri Malaysia di dalam mainan politik mereka supaya mendapat sokongan dari segelintir ahli UMNO.
'Saya Tiada Kaitan Dengan Perhimpunan Oren' - Tun Abdullah
KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa beliau tidak terlibat dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan kumpulan yang berhasrat untuk mengadakan perhimpunan 'Oren' esok.
Sehubungan itu, Abdullah kesal dengan tindakan kumpulan itu yang menggunakan gambar beliau pada poster mereka. "Mereka tidak patut menggunakan nama atau gambar saya untuk apa jua matlamat mereka," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) melalui pegawai khasnya kepada Bernama, di sini, Jumaat.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan kumpulan tertentu yang menggunakan gambar beliau dan tokoh veteran Umno yang juga Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah pada poster Himpunan Oren.
Tengku Razaleigh bagaimanapun enggan mengulas berhubung perkara itu. -BERNAMA
No comments:
Post a Comment
Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!