Sunday, July 8, 2012

Nizar Lilin akan menangis melihat video ini


Alhamdulillah, sebagai Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengislamkan beberapa orang saudara baru dari kalangan Orang Asli di satu perkampungan orang asli negeri Perak.

Selain itu Menteri Besar Perak juga menyerahkan sumbangan bahan keperluan kepada Tok Batin kampung  berkenaan bagi membantu kehidupan orang-orang asli yang duduk di pendalaman yang agak susah mendapat bahan keperluan.

Dalam ucapannya, Dr. Zambry berkata, kehadirannya ke kawasan tersebut bertujuan mendekati dan mengambil perhatian terhadap masalah yang menggangu kehidupan masyarakat Orang Asli di sana. DS Dr. Zambry turut menunaikan solat secara berjemaah dengan penduduk di kawasan tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, rata-rata mengagumi kepimpinan dan kewibawaan Dr. Zambry yang begitu prihatin dengan kebajikan masyarakat Orang Asli dengan menyediakan pelbagai kemudahan kepada mereka sejak menerajui tampuk pemerintahan negeri Perak pada tahun 2008.

Inilah sikap seorang pemimpin yang perlu dicontohi, bukan saja boleh mentadbir sesebuah negeri tetapi boleh mengimamkan dengan mengajar kalimah syahadah kepada mereka yang ingin memeluk Islam. Adakah mantan Menteri Besar Perak sebelum ini mempunyai sikap seperti ini? Nama saja berplatformkan parti yang kononya memperjuangkan Islam tapi apa yang beliau buat sebenarnya?




sumber :- gosip rakyat

No comments:

Post a Comment

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!