Saturday, July 7, 2012

Kejam !!! Anak yatim di cabul oleh warden namun ada pihak cuba menutup kes ini kerana melibatkan kerajaan negeri

Kisah ini Pisau Kedah petik dari blog kedah ke kl, ternyata perkara ini benar-benar berlaku di sebuah asrama anak yatim kawasan Padang Terap yang di bawah pengurusan kerajaan negeri.

Apalah dosa kanak-kanak ini di cabul warden yang di pertanggungjawapkan menjaga keselamatan anak-anak yatim di asrama dan selepas itu kes ini cuba di tutup kerana bimbang ianya melibatkan kerajaan negeri.

Ikuti pendedahan yang telah di buat Mctheory tuan empunya blog kedah ke kl.


Semalam Mc ada terbaca di FB Aktivis UMNO Pekan Naka mengenai seorang budak perempuan berumur 12 tahun yang telah dicabul. Bila Mc berjumpa dan bertanya kepada beliau, beliau kata budak perempuan anak yatim itu dicabul oleh warden di Rumah Anak Yatim itu sendiri. Malah beliau kata, ini bukan kali pertama budak perempuan dirumah anak yatim itu dicabul, malah telah berkali-kali, namun mereka takut untuk membuat laporan polis.

Berita ini adalah perkara yang paling mengejutkan!! Kita harapkan mereka menjaga anak yatim dengan baik. Namun sesetengah binatang yang bertopengkan manusia ni, mengambil kesempatan dengan mencabul dan merosakkan kehormatan anak-anak yatim yang tidak berdosa.

Rumah Anak Yatim Baitul Ihsan adalah dibawah pengawasan kerajaan negeri Kedah. Namun banyak salahlaku dan penyelewengan didalamnya, tanpa pengetahuan dari kerajaan negeri. Mc tak tahulah mereka tahu atau tidak mengenai perkara ini, namun jika ia dibawah pengawasan dan seliaan kerajaan negeri, Mc anggap mereka tak tahu. Kalau mereka tahu mereka patut bertindak!

Apa yang menyedihkan Mc, apabila perkara ini dipandang remeh oleh sesetengah pihak, malah pihak rumah anak yatim tersebut menuduh budak perempuan yang berumur 12 tahun itu GILA SEKS!! Apa punya bodoh alasan!! Budak berumur 12 Tahun GILA SEKS?? Akai ada ka? Kalau dia terangsang atau gila seks sekali pun, kita yang berakal, beragama dan berakhlak ni tolong la tunjukkan kejalan yang benar, bukannya pi tambah budak tu jadi lagi parah!!

Mc diberitahu, laporan POLIS telah dibuat oleh budak perempuan anak yatim yang dicabul. Kalau laporan POLIS telah dibuat, Mc harap POLIS bertindak cepat menahan pihak yang bertanggung jawab. Kalau polis taknak siasat mengenai perkara ini, Mc dan Team Media Kedah akan siasat dan bongkar perkara ini hingga kelubang cacing!!

Dengar kata ada cubaan untuk selesaikan perkara ini diluar. Jika itu berlaku, sampai ke KDN pun kami akan turun dan pergi untuk bawa perkara ini keatas. Warden yang dituduh mencabul itu perlu ditahan!! Rumah Anak Yatim terbabit perlu disiasat kerana bersuhabat menyembunyikan perkara ini.

Mencabul anak yatim bukan perkara remeh. Makan harta anak yatim pun berdosa besar.. apatah lagi mempergunakan mereka sebagai perkakas seks kepentingan diri.


Pisau Kedah :-

Dari maklumat yang di perolehi masih terdapat 3 orang anak yatim yang di cabul. namun di halang untuk keluar dari asrama terbabit membuat laporan polis kerana di cabul oleh warden yang sama.

Di minta pihak polis segera siasat perkara ini dan jangan biarkan binatang yang bertopengkan manusia ini terlepas begitu sahaja.

No comments:

Post a Comment

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!